Khamis, 2 Disember 2010

Review Filem : Ngangkung Boleh Tahanlah & Kutipan Filem 2 Alam Berapa Juta?


Filem:
Ngangkung

Pengarah:
 Ismail Bob Hasim

Genre:
Komedi Seram

Pelakon:
Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira,
Putri Mardiana, Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad.

Sinopsis:

Filem ingin mengisahkan tentang Azim yang bekerja sebagai seorang pemandu lori yang hidupnya agak susah disamping sentiasa menerima desakan daripada isterinya, Suri yang mahukan kehidupan yang lebih baik. Azim mempunyai 2 orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan dimana kedua - dua mereka merupakan kaki ekor dan sentiasa mengamalkan perbuatan syirik dengan berjumpa bomoh dan memuja semata - mata untuk mendapatkan nombor ekor untuk menang.

Oleh kerana tidak tahan di desak oleh isterinya akhirnya Azim mengambil keputusan untuk mengikut Tasnim dan Wan pergi berjumpa pendeta bagi meminta nombor ekor. Bermula dari itu, ketiga - tiga mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menganggu kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, pelbagai bala datang menimpa Tasnim dan Wan. Wan diburu Ah Long gara - gara berhutang untuk membeli nombor ekor manakala Tasnim pula kehilangan kontrak membekalkan jentera.

Tetapi, lain pula dengan Azim apabila sekembalinya beliau daripada kerja di Kelantan. Dengan sentiasa memakai kain berwarna merah di leher dan tiba - tiba nombor ekor yang dibelinya mengena namun sikapnya berubah daripada seorang lelaki yang baik kepada pemarah. Apakah puncanya? Apakah fungsi kain merah itu? Apa yang terjadi sewaktu beliau ke Kelantan?

Saksikan di pawagam - pawagam berdekatan anda! Selamat menonton!


Ulasan H.P.B Blog:

Dari segi komedi, filem ini menghiburkan walaupun aku merasakan Adnan Sempit lebih hebat dari segi humornya. Susunan ceritanya sebenarnya sedikit messy @ serabut kerana kurang sikit penekanan kepada cerita setiap wataknya dan kadang - kadang plotnya juga tiada kesinambungan. Mungkin kerana terlalu terkejar untuk menceritakan tentang 3 kisah watak - watak ini walaupun watak utama yang ditumpukan ialah watak Azim lakonan Shahiezy Sam. Apa - apapun, sebagai filem komedi ia masih lagi boleh dikira agak bagus lah.

Unsur komedi di dalam filem ini memang banyak dibantu oleh setiap watak - watak di dalam filem ini hinggakan watak hantu juga memainkan peranan yang besar dalam menimbulkan unsur lucu yang bukannya sedikit. Tahniah kepada semua pelakon - pelakon filem ini. Seperti yang Shaheizy Sam beritahu, jangan bandingkan watak beliau di dalam filem ini dengan wataknya di dalam filem Adnan Sempit kerana memang tidak sama dan aku akui memang lain melalui riak wajah dan suara yang dibuat sebegitu rupa. Adakalanya, nampak menarik dan adakalanya nampak seperti menganggu beliau untuk melontarkan dialog - dialognya dengan lebih bagus. Apapun, ini salah satu percubaan yang berani dan ia juga diterima baik oleh semua penonton. Paling menarik babak beliau boleh bercakap Kelantan secara tiba - tiba dan itu memang kelakar gila. Hehehehe!

Unsur suspen atau kejutan memang menarik kerana penonton tidak perlu ditakutkan pada babak yang tak perlu dan filem ini menggunakan unsur itu apabila perlu dan diakui berjaya. Tahniah! Memang mengejutkan! Apa - apapun, filem ini memang membuktikan ia memang filem komedi seram dan memang terhiburlah menonton filem ini! Jadi, aku beri 3.8 daripada 5 bintang. Selamat Menonton!


Dan dengar katanya filem Ngangkung ini dah mendapat RM3 juta sepanjang 5 hari tayangan! Hah! Hebat kan? Bagaimana pula hal nya dengan filem 2 Alam? Dah RM39.9 juta ker? Jom usha bawah!

Klik Untuk Tumbesaran Yang Nyata


Hah! Itulah buktinya! Jadi, apa - apapun aku memang tak berpuas hati! Bukan tak puas hati pasal orang tak sokong filem 2 Alam tapi tak puas hati selagi tak menonton filem Aku Tak Bodoh tu. Hahahaha! Okaylah! Nak pergi main game kejap! Selamat membaca!


P/S : Korang Tahu Tak Filem Apa 
Yang Menggunakan Tagline  "LU LANGSI LU MATI"?
Aku Tengok Trailer Filem Tu Sangat Menarik!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

48 Orang Yang Rajin Komen:

Nyssa Nuar berkata...

mcm best..tgk soundtrack pon da mcm menarik..

Hasrol Nizam berkata...

cepat je naik kutipan cerita ni.. cerita lawak org suka la time cuti2 sekolah ni. boleh bawak anak2 pergi tengok skali :D

Pendapat anda?
Rambling on early December-jangan malu bertanya, nanti sesat jalan

sI tEDI berkata...

dah tgk ngangkung tdi.

boleh ketawa dan menangis..

hans berkata...

Nyssa Nuar : okaylah filem nih..berbaloi tgok..lucu ada..sedih ada..pengajaran ada

nizam : yups..budak2 ramai juga tadi

si tedi : nangis part anak dia kena pukul? Angah kena pukul? atau bayi si tasnim hilang dari perut isteri dia? antara babak2 sedih dalam filem tu

syarifah radiah ibrahim berkata...

dah lama tak tengok wayang
haha

nama.aku.lynn berkata...

kesiaannn gile..hailaaa...
40juta la sangatt..haha

NICK IRFAN berkata...

wah! saheizy sam mmg hebat lakonan dia... nnt nk try tgk la...

♥ηαβειια♥ berkata...

best jugak lah ngankung kan. tp watak shaheizy sam mcm x naik sbb kene wat mulut cmtu.

dania berkata...

sy plak kecewa sb semalam nak tgk ngangkung tp kwn dah tgk so tgk cite the next 3 days best gak. hehe

iniialahaku berkata...

nak melayan ngangkung sorang2 cam xbest je...ssapa nk p ngan aku?angkat peha..hehe..

2 alam?maafla aku xminat..

Kenzo@MrConteng berkata...

teringin nak g tgk..tp duit xde~ huhu..sape2 yang rajin n baik ati, blanje la aku.. :P

muhamadsufian89 berkata...

wah jeles la macam ni sebab aku tak tengok lagi..huhu

FasiHaH SupiaN berkata...

belum tonton lagi...org kata best,kena tengok nie.huhu

/Dayah//Nurul/ berkata...

cam best. cite aku tak bodoh mmg asl dari cerita i not stupid kn

OnE HeArT..OnE LoVE.. berkata...

hamsters jln2 membaca post org:D

dh tgk ngngkung.haha.okay,la..

[z@ck] berkata...

ke mmg cerita tu tajuk Lu Langsi Lu mati?

Shukjessa berkata...

lalala, amboih hans, perli ko mmg best wahahah~~ kesian dr rozmey tu, dalam urtv kene interview kaw2 punya jawapan. hehe lupakanlah dia, he's learn something la after this.

aku tak tahu lah adakah aku sorg yg ade masalah merasakan filem ngangkung ni effect bunyi die agak trabel sikit? or just pawagam yg aku tgk tempoh hari? sbb bagi aku sound die mmg agak worst. worst dari sudut, suara tu macam telenovela yang dialihbahasa, senang cakap macam bukan suara diorang dan lebih macam suara tampal. bunyi tak berapa nak natural dan effect gema tu mcm over sgt.

hehe ramai yg nak tgk aku tak bodoh, yap filem ni mmg asal dari im not stupid coz arahan jack neo utk versi singapore, dan versi malaysia pun dia yg direct.

aku bakal tgk narnia 3D sabtu ni wahahahah~~! mau rasa efek 3D yang best~!

mier@merr berkata...

citer2 yg latest ni rs cm nk g tgk sume je...byk la pulak kuar cite nga cuti2 neh....

NOOR FATIN berkata...

filem bohsia kot. yang tagline tuu..hehee

Eazy Izzuddin berkata...

nak tengok weekend ni
hehe
jom2

velasrizal berkata...

2 alam dh lingkup ahhaha..

Story Anda Pesaing Gengblogger ?

mr.F berkata...

Aku dh tengok ngangkung...boleh tahan la jugak...paling tak boleh belah dah pengsan boleh peace n amek gmbr nak masuk facebook! bederai ketawe

Dr. Rozmey pulak, wawasan die bagus tp over limit...susah jugak~

sudi-sudikanlah join contest aku ye =)

http://falihinjasmy.blogspot.com/2010/12/feel-free-to-fly-contest-barangan-body.html

Sylarius berkata...

Shaheizy Sam memang seorang pelakon yang berbakat. Inilah baru betul-betul pelakon. Jarang nak jumpa kat Malaysia pelakon yang betul-betul boleh berlakon ni.

-Si Riang-Riang- berkata...

wah banyak pawagam ambek 2 alam ye. tapi hebat lagi penangan ngangkung kan. kesian 2 alam =.="

yann berkata...

i loike shahiziey sam!

rasa2nya ramai pegi tgok film tu sbb ade dia je..ekekeke..

just two cent of mine.. :)

alyni.ziera berkata...

saya blom bkesempatn g tuk tonton cta ni

alyni.ziera berkata...

saya blom bkesempatn g tuk tonton cta ni

g0m0k9enDek berkata...

teringinnya nak nengok!

Sharinginfoz berkata...

memang kecoh pasal filem 2 alam, kita tunggu apa citer seterusnya

zahra pazim berkata...

nak tengok nak tengok. macam best. kritikan anda sungguh membina. ada bakat jadi pengarah nih. :)

shera haifa berkata...

2alam ~ bilangan punggung sikit tapi bilangan panggung yang d tayangkan bnyk..xingin nk tngok pun..

ngankung ~ sebaliknya..smpaikan nk tngok ngnkung kene p panggung yg jauh sbb panggung yang dkat xde lak tayang.

AdiaLuze berkata...

Ayt perli ko ni menyengat btol HAns...Kalo DDR baca, mau terkulat2 muka dia...Wakakaka...

Sok mlm aku nak g tgk Rapunzel...Jom!!!

Nurcita2 berkata...

wahhh..!

mcm teringin je nak pegi tengok...

tapi takot...

hohoho...

hans, den try....

hohoho..

P/S : .::Tetamu Hati|Aini Al-Syahnas::.

jadi tak??

NICK IRFAN berkata...

bru aku pasan cte apa plak tagline lu langsi tu mati??? adnan sempit ke?

Rie berkata...

video ni sangat lawak ha3..
dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam

Dyna Yvonne berkata...

adoi ngangkung....bile la aku nk dpt tgk..huhu

faz_e berkata...

Wehhhh~
Ngangkung? Macam best je~
Huuuuu, nak tengok tapi duet tak masyuk lagi~
heheheheeeeee~

luna berkata...

baru je tgk selasa lepas..tp mmg betul adnan sempit lg klaka, tp ngangkung pun ley tahan gak wat pecah perut..hehe..suke watak azim..lelaki yg dingin, tp sanggup wat ape je demi keluarga.. :)

EmanCloud berkata...

part yg aku x leh lupe cite ni.

-part bomoh tarik telinge hantu. tangkap pic nak masuk facebook.
-pergi surau last upsr.
- "hok alo hambo leh kecek kelate" hahahahahha cam cibai!!!!!!!!!!!!!

ProfHariz berkata...

Cuba bersikap bersederhana seperti ngangkung senyap2 leh dapat 3Juta +++ Bila sikap angkuh dan takbur maka itulah hasilnya 2 alam :)

http://profhariz.com

Dearie Pearls berkata...

hans,
tQ review ngangkung tu.
hari ni boleh kut g tengok citer aku tak bodoh..

*2 alam?
0.35 juta?
ok lah tue...

Rebelle Me berkata...

wajib tonton neh! (:

ARieF berkata...

hahaha..
kutipan 2 alam 60 juta wey..
jgn men2..

btw aku ingat ngnkung ahmad idham pnye crita

nunui Joe berkata...

wahh xtengok lagi cerita tu. hehehehe.. tapi adnan sempit lawak jgak tgk dlm bus smlm.. haha

YOUsoF berkata...

Macam seram kelakar la movie ni.. tapi tak sempat tengok lagi la..

*Tagline "LU LANGSI LU MATI tu tuk movie terbaru Farid Kamil kot.

wan nor fairuz wan ibrahim berkata...

"lu langsi lu mati"= KONGSI

yes... iknow!!!!

.ima. berkata...

aku tak bodoh best best! ^__^ lu langsi lu mati~ nak tgok citer ne nanti!

TiMmiE berkata...

Aku Tak Bodoh 10x lg best! ^^