Khamis, 9 Disember 2010

Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

Sekarang tengah layan Lagenda Budak Setan The Series tapi sebab tunggu habis loading dulu jadi sempatlah update kejap! Hohoho! Nampaknya antara sedar dan tidak sudah sebulan aku bercuti di rumah aku sempena cuti semester nih. Fuh! Terasa sekejap jer masa berlalu! Haih!

Result pula dengar khabarnya akan keluar pada esok hari! Entah betul entah tidak sebab kadang - kadang kata sahaja keluarnya pada hari itu tetapi alih - alih ditunda ke hari esoknya! Jika betul pun keluar esok mesti seperti biasa terpaksa menghadapi kelembapan server atau mungkin langsung tidak boleh masuk ke laman portal uitm gara -gara beribu - ribu orang yang mahu tahu keputusan masing - masing. Jadi, aku mengambil pendekatan semak dan jika tidak boleh masuk terus akan cuba pada hari berikutnya. Hahaha! Malas nak berdebar - debar nih! Doakan result aku okay yer! Hopefully semua lulus lah! Amin!

Hah! Sekarang rumah aku nih dah aku ibaratkan seperti syurga coklat. Buka je peti ais mesti stok coklat mencukupi untuk menanggung permintaan perut selama 3 bulan(dah macam bursa saham pula). Hahaha! Setakat nih aku baru makan coklat apa entah dan coklat Daim. Memang lama dah tak makan jadi memang pulun habis lah! Hahahaha! Pernah makan Daim? Hah? Tak pernah? Meh usha wajah si Daim tu.


Daim Memang Sedap


Punyalah sedap lidah nih menikmati kecairan coklatnya! Memukau betul! Hohoho! Memang lepas gian. Tapi kali nih tak ada coklat kesayangan aku berikutan spekulasi kenaikan harga di pasaran seberang laut(dah apa benda lah aku merepek nih).


Coklat Kegemaran Nih


Tapi tak apa kerana masih ada pengubat duka dengan coklat yang selalu juga membuatkan diri ini terawang - awangan apabila deria rasa lidah bertemu dengan rasa coklatnya yang memukau. Aku belum usha habis lagi coklat walaupun aku yang menyimpan coklat tapi apa yang aku perasan coklat bawang ada. Coklat bawang? Bawang pun dibuat coklat? Hahaha! Sebenarnya, aku yang panggil dia coklat bawang sebab dia comel macam bawang! Nak tahu coklat apa? Usha bawah!


Coklat Bawang!


Fuh! Memang kalau aku stress confirm tak lama punya dengan adanya coklat - coklat ini! Muahahahahahaha! Jadi, kerana semangat coklat nih aku pun terus lah mengupdate episod baru siri Antara Dia,Kau Dan Aku(ADKDA) yang sudah lama aku hentikan. Ditambah ada satu dua komen yang tanya bila nak sambung buat aku bersemangat pula la nak sambung. Jadi, insyaallah kalau rajin hari - hari aku akan update episode baru. Ada siapa - siapa tak nak tolong buat banner khas untuk siri ADKDA tu? Kalau ada yang rajin dan sudi nak tolong email lah dekat aku yer.



Sekarang slot lagenda di TV3 dah ada kisah baru - Putera Katak. Memang aku layan sudah drama tu sebab lucu. Hehehe! Berbanding dengan drama sebelum nih Ulek Mayang yang aku tak minat, jadi drama Putera Katak nih memang buat aku gelak jer tambah - tambah Nora Danish memang kiut macam budak sekolah. Hohoho! Ada sesiapa tahu mana nak download lagu tema drama nih? Sedaplah lagu dia! Kalau ada sesiapa yang tahu tolong bagitahu aku yer mana nak download.

Dan tahniah juga kepada pasukan bola sepak Malaysia yang mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010 dan bakal bertemu Vietnam. Aku malas nak kata menang sebab kalau aku kata menang mesti kalah tapi bila aku kata kalah mesti menang pulak. Jadi, untuk separuh akhir aku kata lah pasukan Malaysia kalah supaya boleh menang. Hohoho! Apa - apapun, selamat berjuang!


Okaylah! Loading LBS pun dah nak habis dah nih. Jadi, aku chow dulu! Bye - Bye!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

31 Orang Yang Rajin Komen:

mira ellyna berkata...

coklat perghhhh

FasiHaH SupiaN berkata...

aduhai..esok..nak p supermarketla cmni..beli coklat...

mR.sYaH berkata...

aku pernha mkn daim sekali jer..

tapi aku lebih suka kisses... nama coklat pun dah best.. hahah...

Fana Flora berkata...

hans,result kua 10hb. :DD
harap2 aku lulus dalam sume subjek. amin. takutla :(((

owh, utk kau juga. insya Allah lulus sume subjek. amin

Ainismaira berkata...

daim xkena la ngan lidah saye.. hehe.. lain2 layan..

gdluck ye smoga dpt result cemerlang :D

Nur berkata...

maknala cadbury lunch bar..perghh.sedap..

btw gud luck

Lelaki Ini berkata...

aku nak choc skit!

Nora danish memg cute!
cite tue x tgk lagi..

Chaiyok2 msia!

YUL berkata...

xpena dgr pon coklat daim tu. hoho

Amir Said berkata...

- aku pun berdebar2 tunggu result ni. cuak gile. x tenang aku kt rumah...
- coklat2 kat atas tu semua sedap. tp aku bukanlah penggemar coklat pun. hehe..
- aku suka gak tgk gak Putera Katak... :D

kak ina kl berkata...

coklat yang kamu tunjukkan tu memang sedap. Kalau lah ada stok dlm peti ais umah akak mestilah naik berat badan.

tengah layan gak putera katak

kak ina kl berkata...

semuga berjaya yer..good luck

/Dayah//Nurul/ berkata...

daim! coklats..uh jelesnya. tabuleh makan nt jerawat attack. all the best result exam nt ye :)
nora danish mmg tiut

- abdul hadi abdul muti - berkata...

coklat bawang tu rasenye paling sedap antare tuge tige tu.huhu.
putera katak memang best. kelakar gile citer die.haha

papabear berkata...

baik2 punya coklat :)

Ad berkata...

gudluck 4 d result...

eceeehh...naaakkk coklat sikit....hehe.. =)

*baru jumpa comment box..haha

Sharinginfoz berkata...

memang sedap makan coklat ni....

Eazy Izzuddin berkata...

good luck result
n
suka makan coklat bile tension
haha
xD

Layans~
Free Domain

neyra shazeyra berkata...

DAIM is my fav!!!

♥chubbycekelat ♥ berkata...

Hans!!
nak daim!!
hahaha xD

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

aku p langkawi pon tak dapat beli cokelat sebanyak tuuu...

TERKINI: LELAKI KAKI PUKUL? DAYUS KAH?

syarifah radiah ibrahim berkata...

nak coklattt~!

eh gudluck yer untuk result yang bakal keluar tu
moga cemerlang semuanya
insyaAllah

Cik Cookie berkata...

kalau g IKEA mesti cari DAIM tuh...

piNky LuCiA berkata...

nak coklat jugak. haha.

Dark Half berkata...

seronok la kau cuti panjang ni yer...suka gak coklat ferero tu

Fakhrur Razi berkata berkata...

hahahah
aku ad daim kt sini
;P

owh aku igtkan citer puteri oh haritu pernah der bukak kt cafe
tapi pelik jgak awat ad katak xD

tapi dia xgeli pun pgg katak tuh
hahaha mmg hebat lah ;D

iszieylyanziy berkata...

nak coklat jugak,bestnye ,,,nk kne soh dak lgkwi blikan nieh,,ahaha
cte putera katak tu lawak je,,ahahha

lalink7 berkata...

hans..xpnah lagi tgk cite tuee..haihh...ost lagu tue xde ke masa pengakhiran cite masa dia tunjuk nama2 plakon tue..mst ade kt situ..

nak jgk org buatkan banner...hmmm

tengkorakemas berkata...

apsal Toblerone tak ada dalam senarai?

coklat daim tu sekejap je aku makan haha..ingatnak hisap tapi mesti aku akan kunyah terus

Yatre Hayati berkata...

Daim rasa macam kueh raya !! seronok !

shera haifa berkata...

nak Daim!!!!!

Selikat Coklat Berbicara berkata...

oke ! KISSES mmg super duper hipster best sgtsgt ! huwaa ! lame dah tak melantak kisses ni ..ya ampun !! *emosi terlebih

NORA DANISH ! puteri katak yang cumel . huwaaa :D