Perlawanan yang sangat menarik tadi dan penuh debaran. Separuh masa pertama memang gawang kita kuat diasak sehingga pasukan Indonesia dihadiahkan sepakan penalti. Waktu tu aku dah memang cuak habis dah sebab 90% tendangan penalti pasti akan berakhir dengan gol. Ditambah nampak pula sinaran laser yang memang banyak gila. Hahahaha! Tetapi, memang menakjubkan dan seperti aku menonton filem Chakde India semalam. Penjaga gol boleh membaca fikiran lawan dan alhamdulillah tendangan penalti tu dapat diselamatkan dengan bergayanya oleh penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Memang beliau dan barisan pertahanan beraksi penuh bersemangat dan hebat hari ini. Kemudian, apabila gol pertama Malaysia berjaya disumbangkan oleh Safee Sali melalui serangan pantas memang menjatuhkan semangat pemain Indonesia yang sebelum itu sangat bersemangat untuk memburu gol. Namun dua gol yang terakhir tidak berguna lagi kerana mereka kalah dengan agregat 4-2. Bagi aku Malaysia sebenarnya menang perlawanan itu kerana sebelum ini pasukan lawan dengan yakinnya berkata mereka akan membelasah Malaysia dengan jaringan yang besar tetapi sayang impian mereka hanya tinggal kenangan.
Apa - apapun, semangat kesukanan amat tinggi telah ditunjukkan oleh semua pemain dan penyokong masing - masing. Alhamdulillah! Bagi aku semua pemain Malaysia malam ini adalah juara tetapi aku amat kagum dengan penjaga gol negara kita. Moga - moga prestasi beliau akan bertambah baik dan moga kehebatan dan prestasi pasukan Malaysia akan lebih meningkat.
Syabas!
Tahniah!
Moga Lebih Berjaya Di Masa Akan Datang!
Chakde Malaysia!
Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!




29 Orang Yang Rajin Komen:
cuti umum xdek ke
tahniah utk dorang semua..
yaaa...tahniah Malaysia!!
congrats harimau malaya ! harimau makan garuda .
yerp bangga tgk dorg ! :)
apek terbaek !
chakde malysia! mmg terbaik.. tahniah buat pasukan MALAYSIA.. separuh masa pertama mmg berdebor abis.. haha..
syabas
inspector sahhab!!
syabbass..
Alhamdulillah
menang jugak kan
SYABAS MALAYSIA dan TERIMA KASIH kepada skuad Raja Gopal kerana bermain dengan aksi yang terbaik :D
semangat weh.. tak pernah aku nampak FB bergegar dengan kemenangan malaysia hari ni. siyes seronok!!!
goal safee sali membuatkan stadium indonesia terdiam!! siyes! terus senyap. dah dapat goal penyamaan baru semangat balik.
khairul fahmi che mat lah... hehehe... mmg terbaik lah dia tu... bangga dgn team malaysia!! tahniah3!! ^___^
Tahniah malaysia. siap dapt cuti umum lagi jumaat ni.. hehe..
Malaysia Boleh!!!
jangan risau..ada cuti umum nya.
http://suarasendiri.blogspot.com/2010/12/timnasrakyat-malaysia-tunggu-alasan.html
syukur pada tuhan..
seronok tak terhingga ni..
jumaat cuti.. :D
tahniah2.. they deserved it.
pasukan yg kalahkan kita pada pusingan awal dulu, kita dapat kalahkan di final. tu belum kira lagi sokongan fan indonesia yg penuh stadium. :D
Pendapat anda?
i got free t-shirt from altimet.!
yeay! malaysia boleh! xD
brav02x..
selamat bercuti untk bes0k gak
TAHNIAH HARIMAU MALAYA ....
tapi sdikit kecewa Menang tapi kalah last game ...
tapi happy gak lah for M'sia
taniah taniah
tapi kalau kat indon pun memang kan best...huhuhhhhuu...lagi aku bangga
Pssssssssssssssssssss
Video Mahligai Cinta yang Sweet
Gila bangga bila HARIMAU terus membaham GARUDA kan!! ;D
tahniah.. Malaysia menang
dan tahniah gaks pada hans yang menang buku tuh.. :D
tahniah malaysia...!
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG
MALAYSIA TERBAEKKKKKKKK...BANGGA100X
yeahhhh (^_^) tahniah
Harimau Malaya kembali mengaum...
esok cuti... terima kasih PM...
aku cuma nak cakap indon jahanam. peace no war!
syabas kepada pasukan malaysia. syabas juga untuk safee dan fahmi...
wah. akhirnya dapat juga kita menjinakkan Garuda....MALAYSIA BOLEH!!!
Tahniah Malaysia. Kekalkan performance
Blog : FREE DOWNLOAD
Tutorial - Cash Out Earning Nuffnang
aku suke sbb dapat cuti!!! ^_^
Catat Ulasan