Khamis, 6 Januari 2011

Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Semalam aku join dua budak rumah aku nak hantar seorang nih pergi ambil almari dan barang - barang dekat rumah dia dekat Bangi. Jadi, alang - alang dah pergi Bangi tu aku suruh lah member aku tu bawa pergi mana - mana kedai makan yang dia selalu makan. Maklumlah! Aku bab - bab makan nih suka sikit. Hahahaha!

Sebelum bertolak tu dah cadang dah nak rembat DSLR budak rumah sebab nak ambil gambar tapi nak buat macam mana kan! Semalam masing - masing menghidapi penyakit lupa walaupun benda tu sebenarnya ada depan mata. Jadi, mengharapkan handphone budak rumah aku yang sorang tu jer lah sebab itu jer pun camera yang ada. Hohoho!

Kami bertiga akhirnya memilih Yankies Hut yang mempertaruhkan menu ikan bakar sebagai lokasi persinggahan aku pada kali ini.




Jalan nak masuk dia tu agak jauh sikit dan keadaan jalan dia agak teruk lah juga! Jadi kalau bawa kereta tu kena perlahan - lahan sebab banyak lubang. Akhirnya, kami bertiga dah tiba di restoran tersebut.




Memang cantiklah lah hiasan, reka bentuk dan tempat makan di sini. Kami bertiga sepakat pilih tempat makan yang bersila sebab nak feel makan ikan bakar kan. Menu kami bertiga pada malam tadi ialah siakap masak manis, sotong goreng tepung, daging masak manis, sayur kangkung, telur dadar, nasi putih dan air tembikai serta air kosong.

Sebelum tu aku dah ingatkan kawan aku dah bila makanan sampai jangan lupa snap tapi bila makanan dah sampai  memang dengan aku sekali bantai makan. Hahaha! Lapar kut! Dah lupa pasal camera ker gambar ker nih. Lepas dah licin makan! Lepas tangan pun dah berbasuh! Lepas masing - masing bersandar ke dinding sambil mengusap perut baru aku teringat pasal nak ambil gambar makanan tu. Adoiyai! Jadi, tak dapatlah nak kongsi rupa makanan - makanan tu dengan korang.
Makanan dia boleh tahanlah! Nak kata sedap sangat pun tak tahu nak kata lah sebab aku dulu makan ikan bakar dekat Muara Sungai Duyung, Melaka tu lagi best rasanya. Apa - apapun, seronoklah semalam dapat makan dengan berseleranya. Hohoho! Selamat mencuba di Yankies Hut!

Sumber Gambar : Camera Handphone Budak Rumahku





Jom Join Contest Amazing Race Versi Makanan

31 Orang Yang Rajin Komen:

asybedazzle berkata...

sejak bila jadi duta ikan bakar ni? haha. :D

ezany berkata...

aiyak.. gambo ikan bakarnye manee..

Lina berkata...

wahhh adventure tul nak sampai ke restorannya hehe tp xde lak gambo makanannya x dpt lar nak tgk kesedapannya hehe

pipoq berkata...

hehehe..makan tak hingat nampaknya encik hans kita ni..

areripe berkata...

baru dapat PTPTN ka? HAHA!

Daniela berkata...

alorrrr nk tgk gmbo ler hans!

pEmiLik 3women collection berkata...

nak tgk gambar ikan bakarnyer :p

nza berkata...

bila jupe mknan n perut lak lapo, mmg dh xhinggat apa2........

n@m@n berkata...

dah lama tak ke situ..teringin makan cendawan goreng bertemankan ubat nyamuk..hehe

p/s : mcm mana ye nak buat header camtu?pakai kod ke?

Entri terbaru saya

Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja

LyNn'Azlina berkata...

dulu slalu gak g sane bukak pose time study dulu2...antara ukm dan upm..hehe

syuwai berkata...

makan best apa..hehe

Miecyber berkata...

Nyummyy...

Talian Nur

kekelip berkata...

lapo plak bce entry pasal foods petang2 ni~

cik zaza berkata...

baru je aritu aku mkn ikan bakar..*ttbe..
smpai buncit perut aku..

echah mashuri berkata...

siakap msm manis?perghhhh..layannnn

amry berkata...

tetiba aku jadi lapau baiiiii.....selera jer aku baca menu korang...hohoho...

saya_arief berkata...

nak ikan..
;p

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tngk kedai mkn tu mcm best ja kaN..

f y z a berkata...

nice..
ikan bakar kat muara sg duyung tu area mana??

piNky LuCiA berkata...

aku tak suka ikan bakar. tapi mak cakap dah kena start belajar makan ikan bakar. huhu. tak faham.

iwan_dextrous berkata...

bajet tinggi x law mkn kt stu...

Dextrous cyber life

maxi rosli berkata...

sedapnyer ikan bakar..aduhh lapar lak hans..huhu

eqbalzack berkata...

perghhh...terbaek!

diana berkata...

akak tak minat sangat ikan bakar..
kalau ayam ke daging ke..
ha..
baru donia tu..
hahah..
udang pun syok..
ikan kurang sikit la..

Wan Gerrard berkata...

wah best, x ajak pu bro..hahaha

ishiko berkata...

makan2x bagi kat hans la.. ha... takder gamba makanan?? meyh tgk kt belog saya.. >__<

http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/111-tak-nak-ade-sape-sape-nak.html

deCrewz berkata...

Ikan siakap mna tahan beb.. Dlam banyak2 ikan, siakaplah paling favourite.. Jai kalau makan ramai2, ikan tulah jadi pilihan.. Bila dah ngadap, confirm tak hingat dunia punya..hu3

Dearie Pearls berkata...

even gua tak makan ikan tapi bila ekau cerita2 pasal makan2 ni leh lak gua terliur...

sedap benar terasa ke gua yg kelaparan sekarang nie.
hahaha..

free nanti gua share kegembiraan tu k..

nuriz berkata...

makan ikan bakaq la kat kedah ni..time ni dah la minyak takdak..hari ni kena bakaq ikan heheh

NICK IRFAN berkata...

yankies hutt? aku pnh tgk jgk tp x singgah ruginya....

zikeryhassan berkata...

sekarang makanan kat situ dah tak berapa sedap macam sebelum ni.