Filem:
Khurafat
Pengarah:
Syamsul Yusof
Pelakon:
Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi,
Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, Latif Borgiba, A.Galak.
Klasifikasi:
PG13
Tarikh Tayangan:
Bermula 13 Januari 2011
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.
Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan - insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya.
Jadi, siapakah sebenarnya dalang yang bertanggungjawab di dalam masalah ini? Anna atau nenek tua itu? Adakah gangguan terhadap Johan dan isterinya akan berakhir? Saksikan filem Khurafat di pawagam berhampiran anda sekarang.
Ulasan Tuan Punya Blog:
Secara jujurnya aku tidak meminati karya - karya anak Dato Yusof Haslam sebelum ini. Tetapi, bila mendengar beberapa komen daripada rakan - rakan yang telah pergi menonton serta ini merupakan filem pertama arahan beliau yang bergenre seram maka tiba - tiba aku mahu mencuba nasib melabur wang aku untuk menonton filem Khurafat ini. Siapa yang tidak tertarik apabila ada rakan - rakan yang bercerita bahawa filem ini sangat seram sehinggakan ada yang menutup mata daripada awal filem hingga ke akhir. cerita Memang seram sangat bunyinya tu.
Panggung wayang tadi memang penuh dengan manusia. Tiada langsung satu pun tempat duduk yang kosong. Aku pula duduk di barisan yang agak depan sedikit. Senang cakap aku suka pada keseraman yang ada pada filem ini. Memang seram tetapi aku betul - betul terkejut hanya pada satu atau dua adegan. Yang lain - lain tu aku tak terkejut tetapi orang lain semua menjerit - jerit. Bukan nak cakap aku berani ker apa tetapi ada sebabnya yang buat aku tak ikut menjerit macam orang lain. Nanti akan aku ceritakan pada entry akan datang.
Baiklah! Jalan ceritanya bagi aku boleh tahanlah! Tahap keseraman dia memang terbaik kerana dibantu oleh sistem bunyi dan juga make up hantunya yang adakala nampak agak menarik walaupun hantunya ala - ala hantu di dalam filem Ju On. Lakonan kesemua pelakon juga boleh tahanlah. Filem ini memang mempunyai mesej yang padat.
Cuma satu jer yang aku harap pengarah filem di Malaysia perlu ubah apabila mengarahkan sebuah filem bergenre seperti ini. Aku tahu kegelapan atau pun pencahayaan yang suram itu penting bagi meningkatkan mood seram dan emosi ketakutan para penonton tetapi kalau boleh cuba elakkan dari terlalu kerap menggunakan kesuraman lampu itu semata - mata untuk memancing ketakutan khayalak.
Jika mengikut logik akal pun mana ada hospital atau bilik pejabat yang segelap sebegitu sepanjang masa. Tidak semestinya jika suasana bilik itu cerah maka keseraman tidak boleh dicipta pada adegan itu. Aku rasa hal itu jer lah kut yang perlu diubah. Apa - apapun, ini memang satu percubaan terbaik daripada Syamsul Yusof. Tahniah kepada beliau dan seluruh warga krew produksi yang terlibat dalam menjayakan filem Khurafat ini.
Daripada 5 bintang, aku memberi 4.7 bintang kepada filem Khurafat untuk keseraman filem nih. Kepada yang lemah semangat atau sakit jantung tu rasa - rasanya kena fikir 10 kali dulu kut nak menonton filem ini sebab memang seram. Selamat menonton yer kepada semua!
P/S : Nak Tahu Seram Tak Seram?
Mat Rempit Pun Jerit Baiiiiii! Hahahahahaha!
Tweet
Mat Rempit Pun Jerit Baiiiiii! Hahahahahaha!


57 Orang Yang Rajin Komen:
perghh kene tgk ni.!! i like seram!!
2 la! besh kan...sokong part yg kgelapan 2...kwn2 yg tgk pn duk bising, apsl la hospital ni gelap je...haha
wah... harus tengok ni. susah kot nak tengok cite betol2 seram... hurm,,,
eman : padahal ko takut...ceit
bunga lily : hahha...tahu xper...tapi memang best...
zeri : seram sebab dia pandai gunakan sistem bunyi dan situasi...memang layan
mesti best:)
Macam besh jer nie...ramai plak yang buat review besh2 tentang citer nie...mau tgk jugak laa...ehehe
My recent post Lie To Me
khurafat dah best. pasni kita tunggu ceta karak pulak. harap 2 filem ni bleh ubah sket gaya filem seram yg ada kat Malaysia ni :)
aku mmg nk tgk citer tapi.... tggu dvd jelah.. rasanya xsempat nk tgk kt wayang..
warghh sume kata best.memang nak suh aku pi tgk neh:))
aku lom tgk lg lah
nk cuba melabur jgk lah.mlm nie nk p tngok..tngok malam2 baru best..seram kan..
hm ak pun tak berapa minat dgn filem dia....tp yg nie mcm lain skit je kan...so kena tgk!
-______-" ak tak akan tengok ~ makasih warning
aku memang nak tgk citer ni. dengan review ni, bertambah nak tgk r.
setakat ini aku tak percaya cerita melayu agi beb, paling xsuka kalau cerita melayu seram terfokus/terkamera hantu lama2...rasanya tak perlu fokus hantu lama-lama sbb nnti kamu akan nmpk bahawa hantu itu adalah hantu buat2...menolak mood aku untuk merasa seram.
bawa awek best ni haaha
Waaahhh...Cam best je bunyinye tuuu...Nak g tengok la jugak..
Kalo Hans yang Review leh bagi 4.7 bintang, maknanye, leh la labur kan duit skit..HEhehe
wah! kalau saudara kata best..den mesti tgk.. hehe.. tapi tunggu dvd pirate punya lah... Haha! tak leh gi wayang..hoho...
p/s: kena pikir 10 kali nie... :)
wah! kalau saudara kata best..den mesti tgk.. hehe.. tapi tunggu dvd pirate punya lah... Haha! tak leh gi wayang..hoho...
p/s: kena pikir 10 kali nie... :)
baru je tengok cerita ni semalam
memang seram la
nasib baik tak ikut kawan menjerit haha~
memang boleh jadi orang tengok cerita ni tutup mata je
tapi aku macam tak puas hati ending dia si johan tu mati
Kalau 3d ko rasa seramnya makin menjadi tak? haha..
nak tgok juga la nanti!
dari pembacaan aku dalm entry ni, nmpaknya citer tu agak seram.. wahh.. terima kasih buat review dulu pasal citer ni.. konpem aku tak tengok citer ni.. hahaha
dah tgk cte khurafat smlm .
memang seram .
terbaik lahhh :)
aah! aku punya opinion yg sama pasal keadaan lampu dlm opis uh.. xkan lah nk wat keja suma dlm gelap..
dak laki sebelah aku tuh,adlah batch yg 1st jerit.. "oh mak!" padahal tu baru memula jea..
PERGH...AKU MEMANG NAK TENGOK BRO...TAK TERTENGOK LAGI NI...hMMM
seriushit ke punye terkejut? hehe nanti aku dload je la :P
betul2 seram ke nie...hehehe
Dah tangga trailer cita tok.. Uishhh.. Seram giler...
ni yg jadi tak sabau nk g tgk khurafat ni...tp kelantan takde cinema..sedeyhh!
Pencahayaan tu laa satu-satu yg wat aku confuse.. Kalau terlebih blh wat tak logik plak.. Dalam hospital, masa kat wad mak dia tu, gila gelap.. Aku confuse kejap.. Sepanjang aku study, even kat hospital malam2 pun, takde laa gelap macam tu.. Mungkin tu dorang kene baiki.. Hehe.. Pandangan aku jek.. Lagipun kat wad mak dia tu tak ada necessity pn nak wat gelap-gelap.. Sbb bukan hantu kuar kat situ kan.. Betul tak?
Tu je pndangan aku.. Tapi overall, cite dia memang not bad.. Aku bagi 4..
wauu 4.7 byk 2...
tapi still xde fell nk tgk lg..
dload dh la..hihi
yess..dh tgk..hehe
seram je ke? ada jgk x komedi? sbb setahu aku filem seram skrg msti ada selitkan komedi...
semua org espcially blog yg aku bc semua kata best. anyway aku mmg rsa berbaloi la tgk. dia budget besar dan ade team production house yg power.
kl drift 2 pon aku suka
apsal ko xajak aku weyhhh...huhuhu
stail dia berlakon macam mana? ko suka ke?
aku xtgk lg.tp kata kwn2 aku yg dah tgk cte ni mmg seram..huhu
Tahniah Syamsul...
Persib Bandung nak beli Safee Sali
perghh..ni yang tak sabauuu nak tengok movie ni!!!
dah tengok smlm tp ending tak best sgt. Hero mati huhu. lepastu rasa sekejap sangat la. ^^ kan kan?
x tgok g~~~....huhuhhuh
bunyi cam best jer...hehe
besok nak pi tengok la. :)
nk tgk cmne wayangg pn non ado..;p
searm seram...aku baru tgk td... hantu dia real..
rasa macam nak tengok...tapi malangnya i nih penakut..kih33....
tgok kat melodi tadi.. die ade tunjuk reaksi penonton yg 1st layan citer khurafat niyh, mcm seram abes je story die!! nk tgok sangat, tp..tahun ni SPM, no wayang kott!!
saya penakut tpi saya nk tengok,huhu2...
haha, aku kene tgk sinir baru aku tau. hehe
BLOG GEMPAKZ SIOT
sis kalo bab2 citer seram,hantu...mmg no. 1 . pantang blogger wat entri ade tajuk itu mesti ssi terjah punye dan komen ! tgk gak trailer Khurafat kat TV baru2 ni,seram gilos jugak..nk tgkkk !!
hahh..mat rempit pun jerit2?ape kes...hahahahah
really nanti aku tgk
hoho..samalah kita..tak minat dengan filem2 hasil syamsul yusoff sebelum ni. tapi utk khurafat..rasa tertarik juga nak tengok
gua suka review ekau yang ni.
terbaek!
citer tu memang seram giler!
hadoii..berair mata akak ketawa baca Hans tulis ni..Akan tgk jugak nanti...
nak tengok juga ni.
Dengar cite org ckp cerita ni best!! hehe baru lepas download...x sempat lagi nak tengok..huhu
Free Download Filem Khurafat
Catat Ulasan