Dulu dia hulurkan tangan pada kau tanda persahabatan.
Kini dia tinggalkan kau tanpa menoleh belakang.
Dulu dia terkejar - kejar kau daripada belakang.
Kini dia meninggalkan kau di belakang.
Dulu dia berikan kau senyuman tanpa diminta.
Kini dia berikan kau hinaan tanpa dipinta.
Dulu dia kata kau adalah segala - galanya.
Kini dia kata kau tiada apa - apa.
Dulu dia kata kau berharga.
Kini dia sudah lupa kau siapa.
Dulu dia kata kau hebat.
Kini dia kata kau beban.
Dulu dia kata dia beruntung dapat kenal kau.
Kini dia kata bernasib malang kerana mengenali kau.
Dulu dia kata lain.
Kini dia kata lain.
Itulah kisah hidup manusia.
Apabila dahaga setitis air pun bermakna.
Apabila lapar sebutir nasi pun berharga.
Apabila panas sedikit angin pun tak apa.
Tetapi, bila sudah berada dipuncak sana,
Adakah setitis air itu dipandang gembira?
Adakah sebutir nasi itu dilafaz suka?
Adakah sedikit angin itu disambut mulia?
Atau semua itu hanya dipandang jenaka?
Manusia cepat melupakan sengsara tapi susah melupakan gembira.
Iklan Contest Situasi Hans
Tweet



29 Orang Yang Rajin Komen:
wow, ini sangat nice dan menarik
dalam manis ada pedas
nice one bro
wa caya sama lu :)
sama-sama renungkan
slm hns.lama x ke sini.xda intrnet.hang kcewa dgn sape sbnarnya???relax. biasa la tu.
aku lebih suka lupakan benda gembira~
:)
agree 100% =)
lumrah hidup memang macam tu..bila senang semua yang susah dilupakan..
manusia mmg cepat lupa.
best ni entri ni..sapa la yang reka sajak cmni..hehe
Sifat manusia yang mudah lupa bila dah ada segala-galanya .. =)
anastasyea's latest post .. Blog Sampah Boleh Jadi Emas ..
humm..tulah. manusia.
kita memng takkn terlepas drpd k'ada'n nih. itulah pntingnya tok mmndng kbawah skali skala :)
kwn susah senang susah nk carik yg sebenarnya. hati2 k :)
kalau bleh akan berkawan selamanya dengan kawan saya. tp xtau kawan lain pla tak tau la... memang gini la yg berlaku kan?
sangat sweet la hans. hehe..
hans, kalau rajin, vote la sini. http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/02/99-hari-kisah-klasik-dear-dinda-dya.html
just tulis VOTE je. tq hans =)
woahhh ! terbaik lah !
sgt meaningful..suka all the wordings..
PrettySugar
huhu manusia bila di bawah sentiasa memandang di atas...
bila dh berada di atas terus lupakan apa di bawah ;D
manusia mudah lupa
manusia alpa
nice one!
situasi yg kualai kini ..but nica one bro harap u xakan jadi sedemikian kelak. rasanya akak sure u nie seseorang yg menghargai wanita..
ada makna ka ni hans..mendalam maksud nyer tu.. :)
nice puisi bro..suke baca sebab senang nak faham..TQ for sharing
lumrah kehidupan manusia..
ehehee
Ingat..selalu dalam kegembiraan..adakala tempuhi juga kesengsaraan..
ini luahan perasan ke?
ngeee...
~but nice~
manusia senang b'ubah..huhuu
=]
=]
=]
kucin aku ade pnh wat aku mcm 2.sedih gla...sob3..,
>_<"nyit2
setiap prkataan penuh dgn maksud yg mendalam......
bila kau gembira kau lupa orang sekeliling kau,
bila kau sdih kau mula mencari mereka..
mula2 semua manis n sweet kan..
semakin hari semakin bertambah lame semua jadi sebaliknya...
biase laa dlm idup neh mmg cm tuh kan....penuh ngan kate2 manis...bila bosan sume yg manis tue jd tawar...
Catat Ulasan