Isnin, 2 Mei 2011

Drama Juvana



Drama:
Juvana


Pengarah:
Faisal Ishak


Pelakon:
Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda,
Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata & Etc.


Jumlah Episod:
13


Siaran:
TV3


Waktu:
Isnin(9.00 malam)


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya. Saksikan drama hebat ini di kaca televisyen anda.


Ulasan Hans:

Aku baru berkesempatan menonton drama ini pagi semalam dan melalui pemerhatian aku pada episod pertama ini memang drama ini berjaya menarik perhatian aku untuk mula mengikuti episod yang seterusnya. Tema yang menarik kerana rasa - rasa belum ada lagi drama Malaysia yang memberi fokus utama kepada kisah dunia juvana di kalangan remaja yang pernah terlibat. Mungkin sudah ada drama - drama sebelum ini yang sebegini dan aku mungkin terlepas pandang tetapi bagi aku drama Juvana ini memang menarik untuk ditonton.


Pelakon Utama Drama Juvana


Banyak persoalan yang ditimbulkan atau dicipta melalui setiap watak yang menyokong antara satu sama lain. Nilai dan moral cerita yang bagus walaupun ditonjolkan dengan beberapa babak ganas yang agak dasyat seperti pukul memukul. Bagi aku drama ini mempunyai sedikit kuasa untuk memberi pesanan khususnya kepada remaja bawah umur untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan kesalahan yang memungkinkan mereka dimasukkan kedalam pusat pemulihan ini.


 Watak - Watak Gangster Yang Memang Otai Dalam Drama Juvana Nih


Jadi, aku tidak sabar untuk menonton episod seterusnya untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi terhadap Daim serta rakan - rakannya yang lain terutama Black dan Apek. Selamat menonton drama Juvana pada hari ini jam 9.00 malam yer.












P/S : Walaupun Aku Menonton Drama Ini Pada Pukul 4 Pagi Tadi Tetapi Drama Ini Mampu Membuat Aku Menonton Sehingga Tamat Tanpa Terlelap Sesaat Pun!



Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




30 Orang Yang Rajin Komen:

shafiq berkata...

Best cerita nie..

wida berkata...

suka tgk beto..hehe.
best cite ni

enyheartsdiamond berkata...

jyeah! saya termimpi zahiril adzim sebanyak 2 kali selepas menonton drama ini.. hehe :))

Myvitrd berkata...

Untuk download boleh terus terjah disini http://sedutje.blogspot.com/2011/04/download-tv3-juvana.html

hans berkata...

Shafiq : yups...best

Wida : aku suka lakonan Beto cuma tension tengok rambut dia...hohoho

Eny : amboi...mimpi Daim ker mimpi Botak? hahahaha

Myvitrd : owh...thanks

RedVixen berkata...

eh yeke?? ketinggalan lagi aku... T_T
sekarang dah episod berapa??

hans berkata...

RedVixen : baru nak masuk episod 2...hahaha...sempat lagi kejar

Syiera Bucuk berkata...

wah tahniah sbb berjaya nonton drama melayu tanpa terlelap..hahaha..btw,syiera bucuk suke cite2 yg berunsur nasihat ni..sesuai tmbh2 pda zaman kte yg tgh nazak dh ni..=)

Diba Chan berkata...

nak tgk cter ni tapi tak dapat sebab duduk hostel. aisehh

enyheartsdiamond berkata...

mimpi daim la.. tp botak pun hot juga.. harap2 lepas tgok malam ni termimpi botak pula lah :DDD

fa-in berkata...

serius best? ok kne tgk,da la jarang tgk tv
download je la,hahah

hans berkata...

syiera : selalu tengok drama Melayu jarang jer terlelap

Diba : tgok dekat tonton.com.my

eny : jangan hang mimpi Komeng sudah...hahahaha

faiz berkata...

episod 1 aritu tgk skit...mmg dpt tarik perhatian citer ni..

LORD ZARA 札拉 berkata...

Zahiril!!!

Bront!!!

(meleleh air liur)

hasni berkata...

da xnk tengok citer
sbb 1st episod da tgk sngt kejam
xsnggup nk tgk da:-(

Puteri Iqa Izyan berkata...

panjang tu kiut pulak jadi gengster.
huhu

J.Syazwana berkata...

suke citer ni !!
tak sabar nak tengok malam ni even esok exam.
kikiki ;p

nas berkata...

nice drama kot..
hehehe.. tv aku xde so xleh tengok sehingga balik ke rumah
hehehe
yg kelemahan utama drama ni
wataknya umur 15-17..
tp badan2 semua macam pelajar universiti 20 tahun ke atas.. ape kejadahnye :P

hans berkata...

nas : waktu aku sekolah dulu semua badan macam nih jer masa form 4 dengan form 5....apa yang peliknya?

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

ramai yg kata best cerita ni...tp LM tak pernah tgk pun

kAziShA berkata...

memang best cite nih :)

Alan Rizque berkata...

Kena tengok ni..Drama dan cerita Malaysia pun dah makin ok sekarang ni..

Wan Gerrard berkata...

ic best ea..orait nt try tengok jap la..thanks~

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

cikmoon 1st tengok drama ni mlm tadi.. hehhee.. sblm ni x berkesempatan nak tgk..huhu

Khadijah berkata...

Jalan cerita Juvana yang sangat menarik untuk ditonton...=)

esempoi berkata...

cite tu lain dari yang lain.. cuma cam poyo lak tengok budak2 tu..
tapi kena tengok gak cerita seterusnya camne dulu..

syuwai berkata...

belum pernah lagi tengok cerita ni..

kalau aku tengok drama melayu, tu 1 keajaiban bagi aku..

muahahahahaha

Izham Mael berkata...

botak paling best!

lalink7 berkata...

sis tgk 2episod dah, ternyata snagat bestt dan terujaa..kejamm jgk dorang niee..mmg nampak reall

RATU DIHATI berkata...

drama ni bagus..sesuai untuk semua lapisan..sangat sesuai untuk bakal guru bimbingan dan kaunseling...tugas berat seorang guru,...:)