Isnin, 6 Jun 2011

Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Minggu - minggu cuti sekolah nih memang sudah lumrah jika di Malaysia pasti akan berlangsung banyak majlis perkahwinan antara pemuda dan pemudi walaupun ada juga yang berusia tumpang sama melangsungkan perkahwinan mereka.

Jadi, disini gua pasti ramai yang pening kepala macam mana nak panggil rakan - rakan sekolah anda semua yang kadang - kadang dah lama tak jumpa atau terpisah. Disini gua bagi beberapa cara untuk anda ikuti :-


1) Hantar Kad Jemputan Kahwin

Gambar Hiasan


Korang selongkar lah balik majalah sekolah korang waktu korang Form 5 dulu. Tengok lah alamat member - member korang dekat situ. Mesti ada punya lah! Lepas tu salin dan pos lah kad kahwin korang ke rumah mereka. Insyaallah pasti rakan - rakan korang terharu dan berusaha untuk pergi ke majlis kahwin korang. Rakan - rakan anda pasti akan lagi terharu kalau anda pergi rumah mereka dan serahkan sendiri kad kahwin anda sambil jemput mereka datang ke majlis perkahwinan anda.



2) Jemputan Melalui Facebook

Gambar Hiasan


Kalau korang ada 1000 kawan memang bankrupt la kalau nak hantar kad kahwin seorang satu kan. Tak masuk duit setem lagi. Hohoho! Jadi, cara yang paling jimat dan mudah ialah jemputan melalui facebook. Letak semua benda - benda penting macam atur cara majlis, tarikh, nombor telefon dan yang penting sekali peta lokasi perkahwinan anda dan tag rakan - rakan anda supaya mereka tahu dan dapat pergi dengan mudahnya ke majlis tersebut.



3) Telefon, SMS Atau Email

Gambar Hiasan


Ini kalau dah korang tak tahu langsung alamat rumah kawan - kawan korang atau pun korang tak tahu facebook member - member korang tu. Korang telefon, sms atau email kan email akaun facebook korang supaya dia boleh tengok dan add atau pun korang email jer peta rumah korang dekat email mereka. Jadi, mudah untuk mereka datang ke majlis perkahwinan korang.



Jadi, itulah antara beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjemput rakan - rakan anda ke majlis perkahwinan anda. Kalau boleh elakkan lah guna wakil dengan menyuruh mereka menyampaikan melalui mulut sahaja sebab kalau berita perkahwinan anda disampaikan melalui mulut macam mana lah rakan - rakan yang lain nak pergi sedangkan mereka tidak tahu dimana rumah atau lokasi perkahwinan anda diadakan. Apa - apapun, selamat pengantin baru kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan mereka sepanjang cuti sekolah ini. Assalammualaikum.


P/S : Ayam Masak Merah Dan Sirap Menjadi Menu Idaman Minggu Ini!

22 Orang Yang Rajin Komen:

Cik NuRuN berkata...

kalau saya nak buat announcement kat masjid jaa , save budget . kahkah :p

Hans berkata...

Cik Nurun : time anda kahwin nanti buat la macam tu :-)

shaker berkata...

yg penting jangan jemput 30 Februari taw.. kang xde orang datang lak.. hehee

hidayahjamal berkata...

kad kawen ikhlas.. fb invitation senang, tp tag friends kat map kawen tu xyahla

Hans berkata...

abang ket : hahahaha...cheq dah dok buat selalu dah...ramai terkena...ekekek

dayah : hahaha...tag jer la..kenapa xleh? ekekeke

iwan_dextrous berkata...

masuk news je sng

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

wakakaka....

berdasarkan pengalaman kita ka ni??

hahaha..

hang tag la kat fb pasal ni kui3..

Hans berkata...

iwan : hahaha..bahaya tu...kena tahu juga berapa ramai orang datang...kang nasi xcukup..ekekek

syuk : nak dekat dah la tu..ekekekke

GKSB : hahaha..peringatan untuk kita semua :-)

RedVixen berkata...

sekarang ni semua pakai pesbuk je. Tapi kalau nak feel lebih, kad kawin la yang paling best. nampak keiklasan di situ.

kebetulan pulak aku pun baru je buat entri pasal kawin.. :D

sha berkata...

kad, tag n mesej, itu baru ikhlas ajak ke kenduri dia.. hihi~

kalau yg sibuk tu, mgkin tak sempat nk buat mcm ni

enyheartsdiamond berkata...

hahahaaa! kalau nak kawen nt nak buat card mcm facebook lah.. so adorable and stylish and trendy lah! sukaaa! :D

tp vip je lah dapat kad tu :p

penaberkala berkata...

aku nk letak kad undangan di blog nanti boleh?
jemput semua follower dan pengomen tegar blog ak,wakaka

amacam,ok tak?

member gua dah 3 org kawen bulan ni

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

mesti boleh punya! sekarang kan dah maju ;)

Sharinginfoz berkata...

rasanya ramai yang guna FB walaupun macam tak ada feel aja

syAzAnA berkata...

skang pesen dah tag2 jeh kann?

senang!

syuwai berkata...

hans bila nak kawin?? ehehehe

mira ellyna berkata...

Hans suka buat aku tertanye2 bila la aku nak kawen.

IeDa berkata...

biasanya sy akan utamakan yang bg kad jemputan dulu, then br fb..

ishiko berkata...

huhu.. macam-macam kan sekarang..
plg advance main tag kt FB je..

Ajeyy Rawk berkata...

abg hans, nanti kahwin jemput laa sya sama yerrr ! haha

tadi tu puji ikhlas lerr .. :P

afiqazizan berkata...

kalau saya nak berkahwin nanti..lebih prefer guna kad jemputan kahwin dan jemputan melalui facebook.

hidayahjamal berkata...

sbb xsume org nk pegi ko pegi tag jer org kat map, tp dia xpi,

meh aku baca gi..perenggan sama ke entry kite ni, serasi...haha, skepala kot