Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hohoho! Malam ini seperti biasa drama bersiri paling digemari dan dinanti ramai iaitu Juvana akan bersiaran seperti biasa di TV3 tepat pada jam 9 malam hari ini. Drama bersiri ini kini semakin mendapat tempat di hati penonton berikutan jalan ceritanya yang semakin menarik dan persoalan - persoalan yang bermain di fikiran penonton sebelum ini telah terjawab satu persatu dalam setiap episod.
Minggu ini para penonton siri Juvana ini mungkin akan didedahkan dengan kisah hitam yang terjadi pada masa lampau terhadap watak Ayam yang tak salah aku masih belum lagi didedahkan kepada penonton yang membawa beliau memasuki sekolah juvana ini. Tidak lupa juga pada episod kali ini kebanyakkan mereka akan mula bangkit menentang si Botak. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri yang hebat ini pada pukul 9 malam nanti yer.
Review Drama Bersiri Juvana
OST Juvana - Babak Pertama
Sinopsis Juvana Episod 13 (AKHIR)
Sinopsis Juvana Episod 12
Episod 9 Juvana
Tweet
Pada episod kali ini menyaksikan Gaban dan Kicap meminta bantuan Daim untuk menulis surat kepada keluarga mereka menyatakan mereka menyesal dan meminta maaf kepada ibu bapa disamping berjanji mahu berubah menjadi manusia yang lebih baik. Jadi, Daim meminta bantuan anak perempuan makcik kantin(lupa pula aku namanya) untuk menyeludup kertas serta pen untuk membantu Gaban dan Kicap.
Dato(Kuswadinata) pula menyuruh cikgu Raja(Bront Palarae) supaya memanggil semula 2 orang kakitangan sebelum ini yang dipecat iaitu Cikgu Zakiah dan Joni(pengawal keselamatan yang ganas) supaya berkhidmat kembali di sekolah Wira Bakti tersebut. Cikgu Ariffin(Beto) yang membenci wanita gara - gara penceraian dengan isterinya sebelum ini amat tidak suka apabila mendengar berita tentang kembalinya Cikgu Zakiah kesitu. Daim pula telah ditangkap oleh Joni di kantin gara - gara menyeludup kertas dan pen. Jadi, mereka semua didenda pada hari tersebut dengan latihan latih tubi.
Ayam mengetahui bahawa Gaban dan Kicap mula berbaik dengan Daim dan Apek lalu melaporkannya kepada Botak. Botak yang merasa tercabar kerana beranggapan bahawa Gaban dan Kicap membelot beliau lalu membelasah mereka berdua separuh mati. Kemudian, mereka berdua menuju untuk mencari Daim yang sewaktu itu di dalam latihan debat bersama Cikgu Zakiah, Apek dan Kedah.
Sewaktu Ayam mendengar debat di antara Daim dan Kedah tentang kes pembuangan bayi maka beliau terkenang tentang sejarah lampaunya yang membuang bayi hasil hubungan beliau dengan kekasih beliau sewaktu bersekolah dahulu gara - gara kedua - dua mereka diabaikan keluarga masing - masing. Sewaktu mendengar itu tiba - tiba beliau tersedar dan mula tahu kenapa beliau dihantar ke sekolah ini dan mula cuba untuk berubah. Manakala Botak pula telah memasuki tempat latihan debat itu untuk membelasah Daim gara - gara rasa tergugat dengan cara Daim yang membuatkan budak - budak lain mula tidak hormatkannya.
Untuk episod 10 drama Juvana pada minggu hadapan nanti penonton akan ditunjukkan bagaimana Ayam iaitu orang paling kanan kepada Botak mula menentang Botak, bagaimana Cikgu Zakiah berhadapan dengan Cikgu Raja dan Cikgu Ariffin yang tidak menyukai kehadirannya serta kejutan daripada Kedah yang memberitahu Daim bahawa dia tahu siapa pembunuh ibu Daim. Jadi, jangan lupa menyaksikan drama bersiri Juvana episod 10 pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama hanya di TV3/
P/S : Semakin Hampir Kepada Penamat, Semakin Menarik Drama Bersiri Juvana Ini.



48 Orang Yang Rajin Komen:
kalo sempat hari ni aku nk tgk..
hans saye x dpt lagi la tgk juvana ep 3.. awak ade x..? sbb ritu tgk awk start dr ep 7
faiz : kalau tak sempat tengok dekat Tonton.. :-)
kakLamp : tgok dekat tonton.com.my
mesti tengok..
tak pernah ikut cite bersiri, tapi cite nie mcm wajib nak tengok..
kompom!
nasib baik lah hans ingat kan. minggu lepas pon kak nyaris terlupa gara2 nak beli brg dapur.
mlm ni kena duduk rumah jugak..x leh kuar. (baru plan nak smbut father's day..kena kansel lah nmpknya..hehe)
aku jarang tgk citer ni..mase ade citer ni mesti aku xde kat umah..hehhe
suke jgak cte ni.. setiap episod meninggalkan byk persoalan dan tanda tya.. membuatkan aku rse nk tgk lagi dan lagi.. tp kna tggu esk la bru dpt tgk.. huaa
mana komeng pegi ye? tak sembuh2 lagi ke?
aku tak pnh tgk r citer ni.. best ke? bkn pe, aku malas nt klu dh tgk sekali, terus nk tgk tiap2 mgu.. huhu..
malam ni free boleh layan juga ni juvana...sebelum ni tgk melalui utube ja...selalu ketinggalan.
kasi kaw2 sampai botak nangis...haha
Belom lagi nonton cita nie.. Macam best jer...
kalau xlayan mata boleh layan cerita ni smpai abis....biasanya separuh jln je dh.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............
saya nk tgk daim dgn beto je.. keh3x..
saya nk tgk daim dgn beto je.. keh3x..
juvana memang best
:)
mcm biasa! tak sabar tunggu isnin depan! :D
hi hans..
takde tv ar.. hahaha...
*nama2 pelakon cam ganjil jek. heeee...
Wei,,,... Caner ko boleh dapat sinopsis ni awal dari tayangan..
Tak fair nih..
Haku jeles nih..
Ngeh3...
suma org pun duk ckp psl cite ni kn? tp xde kesempatan nk tgk lg. harusss tgk! =)
hah..rase dah awl2 episod dulu yang daim x terlibat ngan kes bunuh ibu die tuh...
daim teraniaya...sape sokong angkat tangan..!
menarik citer nh..laen sket la kan..
memang layan tadi.. tggl 4 episod lagikan..
alamakkkkkk! terlepas tgk rini. rasa mcm hari ahad la. arghh, frust -___-
tak tengok tadi T.T
mse cuti 3mgu sblum ni, sllu tgk, xpnah miss..skg dh xleh r bile blik asrma =.='
best betul tengok drama juvana malam tadi..xsabar nak tunggu episod minggu depan..lagi-lagi rasanya botak dah takde geng dah nanti..haha.
de tgk skali je drama tu.
best2.. smua da mnntang botak.. kene tengok kt tonton.com malam ni.. haha
bunga tengok semalam..ehhee..xmiss tengok citer ni..haha..suka botak..hahaha..menjadi dia berlakon..
citer juvana mmg best.. sempat gak nengok mlm td.. hehe
yup semakin nk penamat semakin menarik pulak..dlu rsecam nk xnak jek tgok,huhu2...
semakin best nampak nya. tp saya tak layan semua episod haha
selalu jerr daim kena pukul. huu. folo here jgk yerrr.
cite nie memg best:)
juvana mkin best
byk moral. auwww
Alahh , sedih tak layan dari awal . Uhhh
smlm ak tgok time makan
kat gerai sentul...
mcm best je... hehe
sedihnya tak dapat tengok... umah takde tv.. huhuhu
semakin rancang cerita ni kan
hehehe! nice3! macam tgk citer jerr.... :'P
x sbr nak tunggu episod akan dtg pulak.
padan muka botak!
rasanya nama anak mkcik kantin tu nadia:)
hans!!wa mmg peminat setia cite ni
wajib tgk
if tlps
sanggup youtube tau hahaha
tak sngka jenayah ayam buang baby huhu
sumpah keyrill x tonton tv ... tak tahu perkembangan drama terbaru yang disiarkan ...hahaha ... tulah x tahu sama ada sesuatu citer ni best ke tak? ... :D
huhuhu vry nce
huhuhuh sgt mghiburkan
Catat Ulasan