Khamis, 16 Jun 2011

Kenapa Ramai Penonton Suka Watak Yvonne Lakonan Wan Sharmila Didalam Drama Bersiri Nora Elena?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi. Hari ini merupakan episod terakhir drama bersiri Nora Elena yang menjadi bualan hangat para penonton berbilang kaum dan berlainan umur sebelum digantikan dengan drama bersiri baru iaitu Dewa Cintaku.


Yvonne Lakonan Wan Sharmila Yang Menjadi Pujaan Ramai


Jadi, di dalam banyak - banyak karakter di dalam drama ini ada satu watak yang paling digemari dan disukai oleh penonton tak lain tak bukan watak Yvonne lakonan bertenaga pelakon wanita berbakat iaitu Wan Sharmila. Kenapa ramai sangat penonton - penonton sukakan watak nih? Makcik - makcik dekat rumah tu pula kalau boleh nak cari gadis - gadis yang ada ciri - ciri macam Yvonne nih untuk dijadikan menantu. Pakcik - pakcik dekat luar pula kalau boleh nak cari calon isteri kedua macam Yvonne nih. Mari kita tengok kenapa watak Yvonne ni disukai.


1) Seorang gadis yang begitu baik, bersopan santun, lembut tutur katanya dan manis percakapannya.

2) Cantik, kemas dan sopan gaya pemakaiannya.

3) Sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang yang dicintai.

4) Jujur dan sangat amanah dalam menyimpan rahsia.

5) Tidak suka mengumpat atau menabur fitnah.

6) Tidak mementingkan diri sendiri.

7) Tidak suka meninggalkan barang peribadi merata - rata tempat.


Hah! Lihat lah 7 ciri diatas! Macam mana lah ramai jejaka - jejaka di luar sana tidak terpikat dengan karakter Yvonne nih. Semua cair kut tengok gadis sebaik beliau. Apa - apapun, sama - sama kita tonton episod akhir pada hari ini untuk mengetahui adakah Yvonne dan Seth Tan akan bersatu dan bahagia selama - lamanya. Selamat menonton!



P/S : Ini Entry Sarkastik!

59 Orang Yang Rajin Komen:

HaiDa HiDa berkata...

macam pelik je watak Yvone ni..

syAzAnA berkata...

wan sharmila pandai berlakon. lakonan dia sngatlah menjadi.

sarah zulk berkata...

ni tambah sakit hati lepas baca penutup entry nih..!! hahahaha... LOL..

afiqazizan berkata...

aik betul ke ni ciri2 watak yvonne ni..hihi.

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

APE NIIIIIIIIIIIIIII MEMUTARBELITKAN FAKTAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Hans berkata...

Haida Hida : memang pelik

Syazana : yups..memang menjadi sampai naik meluat aku tgok watak Yvonne tu..hahahaha

Sarah Zulk : kehkhehkehkekhe..tahu xper

Afiq : ekau rasa? haahahha

Miss Lolly : faham maksud sarkastik tak? :-)

PeRmAtA bIrU berkata...

hahahhhahah...ni perli ke pa ni.. adoii.. memang la gaya bahasa yang tinggi.. tepat sekali ciri2 diatas tu ada pada si yvone tuh.. adoi...demam..

saya_arief berkata...

tetap minat kat nora elena.

Hans berkata...

permata biru : hahaha...itulah sarkastik..ekekek...mana betul pun..semua berlawanan..hahaha

saya arief : aku pun...haahha

Muka Haluih (MH) berkata...

Hans best ke cite nie? MH xpenah ikut pun..xsempat.

hidayahjamal berkata...

yvonne watak gedik desperate annoying. tapi seth tan by Aaron aziz mmg awesome

Zik berkata...

aku walaupun tak tengok... tapi sempat tengok dari lagu... dan iklan2... erm janda malatopp nih... hans tak nak cuba try tackle...hahaha.. jgn mareh

Wyna Nubies berkata...

As Salam,

uikss??wlaupun wyna x follow sgt citer nih tp ciri2 watak yg di sebutkn diatas amat2 la tak betul..haha~mesti nk wt sakit hati fans nora elena ni,kan? huhu~

Hans berkata...

muka haluih : hari nih last :-)

dayah : hahaha..tahu xper

zik : haih..xmaulah..ekekek

wyna : erkk...bila masa plak nak sakitkan hati fans nora elena...ini kan entry sarkastik...cuba baca sampai habis..adoiyai

HonEyBuNNy berkata...

haha...

ok dah faham..ini mksd memerli....huwawawwa...

ewon tu macam cina da tgk..rupanya melayu..hahahh

Hans berkata...

honeybunny : dalam drama ni dia bukan melayu tapi luar melayu la :-)

iKhRam berkata...

tp aku serius.. aku memang suka watak yvonne.. lakonan wan sharmila nampak berkesan.. dan seronok utk dihayati..

tp kalau seth dgn yvonne kahwin.. bukan korunk jer yg tanak.. aku pun !!

Mya berkata...

hahaaha... sgt menggoda hati kan wanita ini? hehehe...

tp rasenye wan ni sgt b'bkt. espeseli kalo berlakon antagonis! ptt diberi lbh peluang pd beliau! syabas:)

AmirFX berkata...

Minggu nie semua blogger cita pasal Nora Elena.. Aku blom pernah tengok lagi citer tu...

farhana berkata...

yvonne (wan sharmila) ni mmg best karakternyer....pandai berlakon..naseb bek seth tan x jatuh aty kt die nie,,,kalu x,,aku lepuk2 si seth tan nie..haha

Ery Farieha berkata...

wan sharmila ni kalau bawak watak jahat, gedik sangat menjadi. camtu kot real life dia. aahaha :P

Awek Ninja berkata...

hahahahampeh...bru nak tegur tapi bila baca "ini entry sarkastik !" trus x jadi dan ketawa sendiri...

bunga berkata...

bunga xtau watak dia cam ne..sbb mmg xfolo citer ni..hheee...

Chenal berkata...

kim salam ngan Yvonne!

cik fara @ fanadz berkata...

hahahaha.tepat sekali sume ciri2 ko tulis tuh. :P

naz berkata...

kontra post haha

cik helena berkata...

tp dia ne memang mantap lah lakonan!

WanFadhilah berkata...

hah! ada jugak yg suka dengan yvonne nih? aku tak suka watak dia. sangatlah mengada2.. dan yg paling penting mekap dia sangatlah menakutkan dan macam hantu. hohoho

wa khairul onggon berkata...

Kekekeke... apsal terbalik jer watak yvonne ni hans... saje je nak kenakan org ye? kekekeke...

yazidy berkata...

sejak episod berape tah aku mula minat sangat-sangat tgk Nora Elena nih.. haha!! mmg meluat sangat-sangat tgk Yvonne tu.. tp ok la, maknanya lakonan Wan Sharmilla tu menjadi sangat-sangat la tu..

*banyaknya sangat-sangat! nak tiru Seth Tan la tu.. buwekkss!!

d_tieah berkata...

Eh.. Yvonne baik??? Erm.. Semalam masuk 2 kali aku melayan cite Nora Elena.. Hawawwwwwwwww.. Yvonne dah jadi gila.. Padan muka..

izzah berkata...

hans tipu!!!haha..
jaga kau yvonne!!kau tak kn terlepas!!muahhaa

faiz berkata...

aku xpernah tgk drama ni sebab time dia pkul 6:30 kan..

cik myrha berkata...

baik la sgt..hehe :)
watak Yonne tu menjadi.hehe

nas berkata...

nak komen pun tatau sbb xtengok pon drama nora elena yg femes nih.. hehehee

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

watak seth menjadi.romantik!! yvonnne pun. sbb meluat tgk watak dia. kira menjadi la dia berlakon ni..

Chempaka Aziz berkata...

mcm tk betul je watak yvonne baik cam gitu ke di sebaliknya? hihi...apa2pun watak tu mjd.sgt menyampah tgok watak yvonne.maknanya mnjd lah watak yg dibawakan oleh wan sharmila tu

Shamsuddin Amin berkata...

ak pun suke yvonn

apik pehe berkata...

hehehe..boleh wat bini ni

lilypelangi berkata...

suka nora elena :D

shafiq ahmad berkata...

Yvone!!!!!! i love you!!!!!!!!!

FasiHaH SupiaN berkata...

aku memang terlampau sukaaa kat Yvonne!

Muhammad Asyraf berkata...

janda dia niey . :P

merahitujambu berkata...

menjadi betul dia jadi watak jahatkan...suka lakonan dia dari dulu lagi..

Mohamadazhan.com berkata...

calon bini macam ni...haha

Norshim Hashim berkata...

cam xbetol je pe ko tulis hans.....
ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

Norshim Hashim berkata...

cam xbetol je pe ko tulis hans.....
ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

Norshim Hashim berkata...

cam xbetol je pe ko tulis hans.....
ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

iszieylyanziy berkata...

err,,lkonan die mmg mnjadi lah,,

A retarded kitty berkata...

her acting is good.

NICK IRFAN berkata...

ingatkan dia berlakon watak jahat sbb muka mcm jahat jer.. heheh

NzA berkata...

Yes!!!!hepi ending...

afifa berkata...

haaaa saya xsuka watak yvonne, seriyessss. huhuhu

Aman Ibrahim berkata...

hahaha aku dah konpius tadi.. sarcastic sgt!

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

hahaha..lawaklah..berkerut kening membc..dh agak mesti sarkastik..hehe..

nice blog..terus follow sini..jom lawat blog sy..

visitmefatin.blogspot.com

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

hahaha..lawaklah..berkerut kening membc..dh agak mesti sarkastik..hehe..

nice blog..terus follow sini..jom lawat blog sy..

visitmefatin.blogspot.com

[sutera kasih] berkata...

sarkastik sungguh..hehe wan sharmila berjaya membawa wataknya sbb ramai org bnci dia dsbbkan wataknya hehe

Ad berkata...

Nora Elena is sooo scweeeettt

e. indah berkata...

edeiiii aku ingat engko mabuk salah tulis entri hahhaa...akue tak folow drama tue pun tau yg minah ne watak jahat ...
tapi wa suka wan sharmila ... : )