Jumaat, 3 Jun 2011

Nasihat Kepada Lelaki - Lelaki Muslim

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua dengan rasa rendah dirinya ingin menasihati lelaki - lelaki Muslim termasuk gua sendiri yang pergi ke masjid tidak kira lah untuk menunaikan solat Jumaat mahu pun solat - solat fardu yang lain agar bersiap lah dengan sebaik mungkin.

Maksud bersiap sebaik mungkin disini ialah :-



1) Mandi lah untuk menyegarkan diri dan bau badan.





2) Pakai lah baju yang bersih dan tidak berbau masam.





3) Sapukan lah sedikit wangi - wangian seperti minyak atar untuk mewangikan badan.



Apalah salahnya membuat 3 perkara di atas sewaktu menghadap pencipta kalian. Selain daripada itu kalian juga secara tidak langsung membuat jemaah - jemaah lain yang berada di tepi kalian berasa selesa, tidak terasa pening atau pun tidak membuatkan mereka terasa mual dengan bau badan kalian yang kurang menyenangkan hidung mereka.

Jumpa kekasih atau pergi ke majlis - majlis besar boleh sahaja sembur pewangi sampai berbatu - batu pun dah boleh bau jadi tak akan lah waktu solat macam nih kedekut nak guna pewangi masing - masing kan. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Alhamdulillah! Semua Pemenang Contest Situasi Hans Sudah Mendapat Hadiah Yang Aku Berikan! Lega Rasa Hati!


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




25 Orang Yang Rajin Komen:

IHSAN KHAIRIR berkata...

Antara 2 tu, satu je lupa buat, pakai wangi2an... sebab tak biasa pakai. kena biasakan ni...

My Little Diary berkata...

haaaa bau-bauan yang wangi tu memang harus utk solat.. kalau tidak nanti, yg disebelah takleh kusyuk solat mereka...

Hans berkata...

Ihsan : owh...kalau mandi semua okay kut..insyaallah

My Little Diary : yups..pakai sikit pun kan..bukan nak suruh pakai satu botol :-)

D_Tieah : aku tak khusyuk tadi sebab aku bukan bernafas 5 minit sekali... :-)

peep berkata...

pegi kolej nk jumpe geng pkai smart2, siap tali pinggang, tai, nk jumpa ALLAH pakai pagoda ngan kaian pelikat.. jom muhasabah diri insyaALLAH..

NICK IRFAN berkata...

aku kdg2 semua ni x buat.. adeh..

merahitujambu berkata...

baru tdi nampak kawan lelaki sebelah sibuk pakai minyak atar...dia cakap sunat jumaat pakai wangian..hehehe...good!

enyheartsdiamond berkata...

kalau tak de minyak atar tu, meh la beli perfume pen dr almari si pari-pari.. tehee :D

faiz berkata...

btol tu...xslp aku dgr ceramah kalo kite bersedia awal nak menunggu waktu solat Jumaat tu ada ganjaran dia yg besar..

kaizenshinobi berkata...

itu sudah pasti diamalkan~

1 lagi ko terlupa nak letak~

potong kuku! haha

Hans berkata...

Peep : tu la pasal

Nick Irfan : lepas nih ubah la noh :-)

Merahitujambu : yups

Bro Azhan : luahan hati dan berkongsi pada yang kurang tahu :-)

Eny : hahaha..sempat lagi tu

Faiz : yups..betul2

Kaizen : owh..ar ar..tul juga tu..maybe sebab kuku aku xpandang kut...ekekekee

-fizA- berkata...

emm.. betul lah.. kalo nak g dating bukan main lagi.. inikan pulak nak mengahadap si Pencipta :)

IeDa berkata...

ada pengalaman ngerikah td? hihi

azwa amani berkata...

suka bau downy passion..memng wangi baju...hehehe

Shukjessa berkata...

as salam,

mandi itu sunat jika ada masa. tapi untuk orang yang bekerja, nak mandi tu agak mustahil la sedikit sebab bekerja kan. tapi boleh je kalo dah prepare siap2.

tentang pakaian tu kalo pakai pagoda dengan kain pelikat masih ok sekiranya suci dari najis. sebab sebaik-baiknya pakaian yang dipakai ketika solat berjemaah ni kena kosong di bahagian belakang badan.

ini untuk mengelakkan jemaah yang solat di belakang kita dari tak kusyuk sebab dok melihat dan membaca tulisan or gambar-gambar yang ada di baju tu.

so sebaik-baik pakaian adalah yang selesa dan kosong seperti baju melayu or jubah.

and kalo solat jumaat tu datang la awal, sebaik2 sebelum azan dilaungkan pun sebab sesetengah masjid ada menyampaikan tazkirah sebelum khutbah. pahalanya ibarat macam makan nasi, sape dtg awal die dapat banyak, sape dtg lewat mane yg tinggal tu je la yg dapat, wallahualam, sekadar berkongsi =)

Hans berkata...

fiza : itu la pasal :-)

ieda : agak ngeri la juga

azwa : yups...macam perfume..ekekeke

shuk : yups..benda aku cakap tu semuanya sunat tapi adalah baik untuk diamalkan..bab baju pun bukan suruh pakai baju gambar besar2 ke lambang tengkorak..kan aku cakap baju yang bersih...lagi satu sebab aku dekat Kedah...hari jumaat cuti umum..jadi alasan tak sempat mandi tu susah nak terima la..hehehehe...apa2pun terima kasih komen ko tu pun betul juga cuma aku jelas kan diatas tu kalau ko salah faham :-)

syAzAnA berkata...

nak menghdap Allah, kenalah wangi2 yedak?

Ezay Hadry berkata...

sokong entri ni..lagi satu pergi masjid pakai lah baju lawa2..tak salah pun..nak mengadap Allah jugak..kalau boleh kita nak pakai baju t shirt yang selalu wat tidur g masjid

RedVixen berkata...

kalau boleh tiap2 kali sembahyang pun pakailah wangian :)

MDHAFiZ.NET berkata...

simpan janggut..cukur misai..ikut sunnah..

zety berkata...

haha.
ni mesti post lepas balik jumaat.kan kan?pening kepala tak hans..?tak khusyuk eh.

izwannizam ruslim berkata...

as salam..sekadar pesanan untuk diri dan semua
kalau boleh,x mahulah ada lagi yg dtg sekadar sembahyang jumaat itu saja tapi khutbah nya hilang entah ke mana...dop comel gitu :)

Faridzuan berkata...

Bagus! Entri yang menarik! Lebih2 lagi buat lelaki yang nak g solat Jumaat. :)

azi nur berkata...

dengar tu lelaki..hehe

ASaDa RyutaRo berkata...

ni kes duduk sebelah orang berbau busuk ke apa? hahaha.. sabor je lah. pelik kadang2 mikir orang yang ngadap Tuhan dengan keadaan tak bersih. haih..

darkbatman berkata...

ahahaa.. stuju bro.. laki ne kuat peluh.. kuat bau.. kdg2 xsedar bau hapak..hahahaha