Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Disebabkan entry Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis sebelum ini yang mendapat sambutan yang baik oleh kebanyakkan pembaca maka gua dengan gembiranya menyediakan entry ini untuk bacaan semua. Semoga terhibur dan mendapat manfaat daripada ayat - ayat spontan ciptaan gua sendiri.
1) Jika kopi yang diminum terasa masin jangan lah disalahkan garam di dalamnya kerana yang membuatnya ialah si pembuat kopi.
2) Jika masa seperti emas itu bermakna masa boleh dibeli tetapi bukankah masa itu tidak dapat diputar kembali.
3) Nasi yang telah basi dipandang jelik oleh manusia tetapi tidak pada sekawan burung yang tidak habis - habis mengucap syukur pada Nya atas rezeki yang diberi.
4) Nyamuk Aedes yang bawa bencana tetapi pekerja fogging yang ditakuti oleh penghuni perumahan! Bukan takutkan nyawa melayang kerana gigitan nyamuk tetapi risau rumah berminyak kerana semburan asap.
5) Jangan diajak mat rempit berlumba jika anda hanya mengayuh beca roda tiga.
6) Jangan berangan - angan menjadi kacang soya jika diri adalah cincau dan ajarlah diri untuk sentiasa bersyukur.
7) Jangan memesan Ice Lemon Tea jika anda katakan pada penjual anda tidak mahukan ais. Kelak ia akan menjadi pertikaian antara anda dan penjual.
8) Bukan semua orang yang kaya itu disukai wanita mahu pun lelaki untuk dijadikan pasangan. Buktinya tidak ada siapa mahu kan pasangan yang kaya dengan hutang.
9) Jangan dihina manusia yang zahirnya seperti buah nona kerana kelak ia akan menghantui anda semula.
10) Perut yang buncit hanya melambangkan dua perkara iaitu kekayaan dan penyakit.
11) Menyelesaikan masalah bukannya semudah seperti makan durian dan panadol serentak.
12) Jika malas mengapur kasut yang berwarna putih maka pakailah kasut yang berwarna hitam tetapi harus diingat kasut hitam pula wajib digilap jika mahu kelihatan berkilat.
13) Sebusuk - busuk belacan masih mampu membuatkan makanan menjadi sedap sehingga disukai ramai tetapi tidak pada hati yang busuk yang mampu membuatkan manusia berpecah - belah.
14) Jika membeli 4 biji sugus berharga 20 sen janganlah dihulur wang kertas RM50 kepada si penjual.
15) Wang ibarat petrol dimana jika habis pasti segala langkah terhenti tetapi jika ada pasti gembira menanti.
P/S : Dalam Bergembira Moga Dapatlah Manfaat Sedikit Bukan? (^_^)Y
51 Orang Yang Rajin Komen:
Wahaha sy tertunggu2 segmen ni..hehe..sy paling suka no 13 ^^
ak stuju no4
num 7 lawak :)
best la hans :) suker semuanye.
aeme : hehehe..thanks
gimi : hahaha..bagus2
qarr : yg lain?
belbel : tq tq :_)
teruskan.. sangat best smuanya
Hahaha.. kreatif2!! Semue macam best.. =)
no.7 mg terbaik! hehehe ^-*
sy dr dewan pustaka dan budaya!
anda dikehendaki keje kat company sy okeyh!
ahaks!
wow...
menarik...^^
hehe..suke no3
4 , 8 , 13 :)
suka no 10...
sebab ramai orang buncit kat tempat saya nie.. hahaha..
kaya ?? bukan..
penyakit..?? mungkin yer.. hahaha
nombor 16 kelakar... erk? salah!!! heheheehehhe...
nombor 14... kenapa mesti sugus??? kikikikii...
segmen yang sangat rare
bergembira sambil beringat :)
bui suka semua..ngeh3 *_*
no 14 tu selalu gak jadi sbb mmg dah xder duit kecil.. huhuu..
semua saya LIKE. hehe. terbaik aa.
tersenyum sendiri baca post ni! :)
Bro yang no 10 tu betulker perut buncit menunjukkan kekayaan?? bkn byk makan duit haram? hehehehehe tp yg no 13 tu mmg best.. aku nak amik letak kat status Fb ye bro.. tq!
loike 13!!!
fiq suka no 7 dengan 10..hehe.
haha.. pandai hang merapu nowh..
kalah karam singh walia ni.. heheh..
nak kate aku kaye mmg tak..xkn aku berpenyakit kot..hehe
wahh (Hans Hanis, 2011) ;p
aduh,lemah baca segmen ni...tersenyum sorg2..hehe
hahah..no 7 aku suke,,
buncit juge melambangkan kemalasan ye...haha
wowwww! menarik! nanti boleh pinjam ye~
yang perot buncit tu coz of malas jugak..
hahahaha...
best :)
no 1 tu terbest! :D
suka suka suka !
heeeeeeeeeeee :D
dtg jengah n komen sini...
best bro..!
hans ieka suka no seploh. ieka pun lepas mkn perut jadi buncit jap huehuehueh ;p
bestnyaa...
kreatif2x..hehe
no 11..suicide plan
hahaha!
sokong nombo 13
menarik! teruskan ye. heee :)
hehe. thanks:)
senang org nak faham kalau buat mcm ni:)
=)
setuju sangat. typical human being gitu le.
Nice one :)
Jemput singgah & follow blog Aisha: Www.AishaArdini.Com
Post Terbaru: Puisi Lelangit Hati 3
http://www.aishaardini.com/2011/07/puisi-lelangit-hati-iii.html
Thanks! :)
superb!!! menyebabkn sy tersenyum saat ht dilanda kekecewaan
hehe. suka no 15!
like statement no 11 ! heh ~
Suka no 8 dengan 13. Terbaik woo
#14, jgn hulur rm50~ huhu panas je acik tu..
jom baca review skali lagi
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/movie-review-sekali-lagi.html
wah.. banyk manfaat kata-kata hikmah tu.. lawak semua ada.. tapi berguna.. ;p
no. 4 thats me
eh patut la mcm prnah bca hikmah kata ni.. huhu
Catat Ulasan