Isnin, 1 Ogos 2011

Hans Menang Duit Syiling Peringatan Malaysia Siri 3

Klik Gambar Untuk Lihat Keputusan


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah! Berkat bulan Ramadhan dan atas bantuan rakan - rakan yang mempunyai blog yang sudi mengundi saya secara rela atau paksa rela maka saya telah pun memenangi set syiling yang saya idam - idamkan sangat selama nih. Terima kasih sangat - sangat saya ucapkan pada bantuan kalian! Ini pertama kali saya sertai contest yang dianjurkan blogger Eyriqazz nih dan alhamdulillah rezeki nampaknya pada penyertaan pertama ini. Maaf kalau nampak teruja sebab memang tengah gembira habis nih.


Gambar Pocong Bertuah


Sebab ramai sangat tanya ini pocong betul ker tidak dan sebab ramai sangat tanya siapa yang gigih sangat jadi pocong sampai berbungkus habis tu maka mari saya ceritakan pada anda semua. Ini gambar pada tahun lepas dimana waktu tu saya dan rakan - rakan sangat sibuk menyiapkan bahan - bahan pembentangan untuk tugasan salah satu subjek kami yang berkaitan dengan grafik dan tajuk tugasan kami semua berkenaan budaya atau kepercayaan masyarakat Malaysia berkenaan hantu atau makhluk halus(asal ayat aku skema sangat nih?).


 Aku Dengan Group Aku Gigih Cut Out Animation Nih!


Memandangkan hampir 90% budak rumah sewa aku tu ialah budak kelas aku sendiri jadi masing - masing sibuk lah siapkan tugasan masing - masing. Ada yang buat pasal toyol! Ada yang buat pasal bomoh! Ada yang buat pasal susuk! Ada yang buat pasal hantu kumkum! Kumpulan aku pula buat pasal Hantu Lapar atau lebih sedap dipanggil Hungry Ghost. Jadi, budak rumah aku nih pun buat lah 'pocong' nih menggunakan bantal peluk budak bilik aku dan apa benda entah lagi yang diorang sumbat bagi nampak macam betul - betul ada orang dalam balutan tu sebagai gimik kumpulan diorang. Hohoho!


Nih Presentation Kumpulan Aku! Hantu Kumkum Tu Sesat Sekejap! Hohoho!


Mengikut kata mereka - mereka yang terlibat memang diorang ada pasang niat nak menyakat budak rumah termasuk aku dan ada yang terkejut dan melatah siap! Yang tukang buat pocong nih pun takut dengan ciptaan sendiri!! Macam mana tu? Hahaha! Aku bernasib baik sebab malam tu aku tak balik rumah! Punyalah bersengkang mata aku dengan kumpulan aku buat Cut Out Animation jadi lepas Subuh baru aku balik rumah! Alhamdulillah aku terselamat daripada bencana sakat - menyakat nih! Hehehehe! Kemudian pocong palsu nih dibawa ke fakulti sebab tugasan nih memerlukan kami buat satu event dan memang pocong palsu tu menjadi tumpuan ramai lah!


 Ini Presentation Kumpulan Budak Rumah Aku!


Jadi, itulah serba sedikit berkenaan sejarah silam pocong palsu dalam gambar yang diambil budak rumah sewa aku nih. Hehehe! Apa - apapun, aku nak ucapkan terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi bersusah payah mengundi aku. Terima kasih! Hanya Allah membalas pertolongan kalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera!

45 Orang Yang Rajin Komen:

Anem arnamee berkata...

Salam Hans!

salam ramadhan. Alhamdulillah rezeki :).

*seriusly pocong tu nmpk real.haha:P

Hans berkata...

Anem : sama...alhamdulillah..hahaha..tu la pasal..ramai jer cuak dgn pocong palsu tu

zEri sAfEerA berkata...

va va va. tahniah.
hahaha mmg la seram tngok pocong 2. tuan yg buat 2 sdiri takut, apetah lagi org lain. hakhak ^^

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

wahh..tahniah!!

pocong tu mmg cool la..

wrizuan[dot]net berkata...

tahniah rezeki du bulan awal ramadhan ni...best2..

Statistik blog WR bulan Julai 2011

norshila ibrahim berkata...

tahniah..dpt syiling baru tu..

tuah ayam nmpak di kaki,tuah pocong...hans menang syiling..hahahahah

naim berkata...

sama2, tahniah mng syiling tu..=)

adrinaqamarina berkata...

yeay! hans menang ye? hehe.



nak tanya, kum3 tu cemana eh? tak salah kte ada cerita kum3 kan, dekat tv3~


tapi tak pernah tengok pula~

QueeN TerataI berkata...

tahniah hans....

wahhhh... gerun tgk presentation mcm tue!

Hans berkata...

hans berkata : thanks semua :-)

adrina : kumkum tu hantu yang bagi salam Kum tu...pakai baju hitam nampak mata je :-)

wida berkata...

ish..seramnya tgk pocong tu.

selamat berpuasa hans!

AmirFX berkata...

Tahniah Hans... Nasib bulan puasa... haha..

iPai berkata...

tahniah hans !!! wewwiiitt !!

Aman Ibrahim berkata...

Salam Ramadhan Hans!
nice presentation, nampak real sangat haha..

pocong tuh awesome!

Far8 budak baik berkata...

hahahahahaha
hampeh ahhh gimik team korang ni..
ade yg makan kaki aku saiz 8 ni..
kah3...
wehhh nape pocong tu duduk atas kerusi..
hahaha..
selamat berbuka hanss..

WAHIDA ALIAS berkata...

huwaaaa...pocong ke tuh...adoii..
slmt bepuase ye

d_tieah berkata...

Kreatif gila.. Hahaha.. Serius aku ingta orang betul.. Pandai ek korang..

*Duit syiling tu share ok??? Ngee :)

Mra Mastura berkata...

aaaaaaaaaaaaa.. tkut. weh, nak 1 syiling!! hehe

yatie Awang berkata...

oooo...gitu rupanya
apa2 pun tahniah Hans

Han$ Xy berkata...

wahhh,...tahniah lahhh yeeeeee...

i like pocong

Dearie Pearls berkata...

finally..
congrats Hans..

atnur @ Iza berkata...

congrats, Hans! :) selamat berpuasa! ;)

cik azeya berkata...

congrets! dah lame seh tak jadi hantu. hmm

AfiekJibril berkata...

tahniah sekali lg do..haha..pocong tu mmg terbaik..siap ada bentuk2 tangan lagi..haha

Hans berkata...

Hans Berkata : yang Pocong tu group budak rumah saya...bukan group saya punya..harap maklum :-)

Kie-yu berkata...

tahniah hans! rezeki ramadhan al mubarak ;)

muhamadsufian89 berkata...

tahniah ye hans. 1 undian aku tu bermakna jugak kan. hehe

anisyafrina berkata...

fuh! nampak real kot pocong tu.. by the way... tahniah menang syiling tu ^_^

QaRr JaliL berkata...

Qarr Torres berkata : rezeki bulan ramadhan..bez nye..

saiazuan berkata...

bln puasa dah tiba.. slmt brpuasa skali lagi :)


special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html

saiazuan berkata...

eh, lupe nk congrats ;)

NICK IRFAN berkata...

nampak mcm btol je... hahaha

kak lang berkata...

tahniah hans...kem salam kt hantu tu ea

Faraa Eiman's berkata...

haha , alhamdulillah , tahniah !

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia tengok pun seram hans . adehss ..
rezeki hans menang duit syiling tu :)

★ aIsyaH ★ berkata...

yeah yeah!!
menang !!
tahniahx3....
mcty bez kan...=)

kaizenshinobi berkata...

pergh!!!! menang? alhamdulillah~ rezeki di awal ramadhan~ hehe

►AdamXis◄ berkata...

assalam...uiiitss syiling koleksi payah nak dapat ker tuu?tahniah2...hans mana pandora box...mongkey king tuu yg merah kiri ke?

sergeant keroro berkata...

tahniah!! XD

Ad berkata...

hantu kumkum? hantu lapr? x penah dgar pun..mcm mana rupa hantu tu?

SyazwanSarawak berkata...

untunglah (:
congrats bro. hehe

hidayahjamal berkata...

tahniah..samat berpuasa, rezeki kau kan..syukurlah

shera haifa berkata...

wah,tahniah wei menang..nk satu duit syiling tu.

Mya berkata...

scaryyyy la p***** tuuuu...

[sutera kasih] berkata...

walau palsu pocong tu hans, seram jgk kot huhuhu

tahniah la menang contest :)