Isnin, 22 Ogos 2011

Kasut Raya Berlampu



Sambungan Daripada Kisah Kasut Raya


Mak : Kasut raya ada lampu? Ada ka kasut macam tu? Yang macam mana nih?

Hans Kacak : Ada lah mak! Sekarang ramai orang pakai kasut ada lampu tu! Mak belilah satu!

Mak : Bak duit raya hang! Sekarang pun boleh pergi beli!

Hans Kacak : Mana bolehhhhhh!!! Pakai duit mak lah!! Bila nak keluar pekan nih mak? Tak sabar nak beli kasut ada lampu tu!

Mak : Minggu nih lah pergi tengok kasut tu kalau jadi keluar pergi pekan!

Hans Kacak : Yeyeyeyeyeye!


Hari minggu telah tiba dan seperti dijanjikan aku bersama keluarga keluar ke pekan memberi barang keperluan seharian. Tibalah kami semua di sebuah kedai menjual kasut yang aku rasa adalah kedai kasut BATA.


Hans Kacak : Hah! Tu mak! Tu! Tu!

Mak : Mana? Owh! Itu rupanya kasut yang ada lampu tu! Cantik juga! Jom masuk tengok!

Hans Kacak : Jom! (yeahhhh!! ada harapan lah dapat kasut lampu nih! boleh tayang dekat member - member nanti!)

Mak : Bos! Ini kasut harga berapa ringgit?

Penjual : Owh! Ini kasut tak mahal maaa! RM70++ sahaja! Ini baru punya kasut! Stok baru punya!

Mak : Oh, mahal betul kasut nih! Hurmmm!!

Hans Kacak : Macam mana mak? Boleh tak beli?

Mak : Lain kali lah beli! Mahal nih! Duit mak tak cukup!

Hans Kacak : Lahhhhhhhhh!!! Hurmmmm!! Okay lah!


Begitulah kisahnya tentang Hans seorang jejaka kacak yang kempunan nak berkasutkan kasut raya berlampu di hari raya! Memang waktu tu jiwa memberontak juga sebab tak dapat kasut raya berlampu tu tetapi bila fikir - fikirkan balik kasut berlampu waktu tu memang mahal dan tak berbaloi pula nak beli. Mak aku pun kata membazir sangat kalau beli tambah - tambah keluarga masa tu bukan senang sangat.

Apa - apapun, aku tetap bersyukur kerana masih dapat berhari raya dengan kasut baru walaupun tidak berlampu dan harganya di bawah RM10 kerana bagi aku keluarga cuba juga menggembirakan aku walaupun kasut yang dibeli bukanlah kasut kemahuan aku. Apa - apapun, sentiasalah bersyukur di dalam kehidupan kita tidak kira sewaktu kita senang mahu pun kita susah! Jumpa lagi di entry akan datang!


P/S : Besar - Besar Nih Kalau Pakai Kasut Raya Berlampu Korang Rasa Dapat Meningkatkan Lagi Tak Kekacakan Aku? Hahahahaha! (^_^)Y

22 Orang Yang Rajin Komen:

Fad berkata...

skrg dah mampu..apa lagi..belila...heheh

^^nu[dd]yra^^ berkata...

bersyukurlah dengan apa yang ada...;)

nIsYa berkata...

beli la. Pasti kekacakkan ekau lbh teserlah :D

Faraa Eiman's berkata...

amek jep lampu lip lap , lilit kat kasut
cool..

muahah ;p

CintaZulaikha berkata...

kalau da tua2 cenggini nak pakai kasut camtu..mmg la cari kena gelak..haaha

schaze zainn berkata...

betul tu bersyukurlah :D

p/s: beli la sebijik sekarang..hikhik

ezzaty berkata...

HAHAHAHAHA..kalo ko pakai kasut nie..
pasti bertambah-tambah kacak :D

cart kartika berkata...

HIHI mcm2 la.. nti taun depan ada la plak kasut raya berlampu pelita ^^

iMBobo berkata...

mmg stylo lah pakai kasut berlampu hehe

shera haifa berkata...

xperlu nk bermewah2.. ingtlah msh ada insan yg tak mampu cm kita..

AmirFX berkata...

Aku sokong ko beli kasut berlampu.. Beli jerr.. Lagipun Raya cuma sekali setahun.. Kelainan sikit dari org lain...

cik fa berkata...

kecik2 dlu ske pkai aksut ade lampu..pastu jln2 tgk bawah

Aku By Pojie berkata...

Eh bukan harga kasut lampu dalam RM40.++ hengiit ke..

huhu

YUP, beraya bukan untuk menyusah kan kita, beraya untuk kegembiraan

;p

faiz berkata...

tu pon ok lagi..mak ko lyh karenah kasut lampu ko tu..heheh...

Wadi AR berkata...

hans, kau pakai dlu. kalo cun aku folow

farhan berkata...

sekarang dah ada duit..leh la beli..haha..dulu pun saya nak beli jgk kasut lampuni..heh..mintak sapa2 dan hans kalau sudi tolong undi dgn cara like dan poll blog saya wideareas di http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

kaizen berkata...

hoyeah!!! agree!!! bersyukurlah dgn ape yg ade & bersederhanalah dlm apa saja...

Aina berkata...

Alhamdulillah skrang dah ade kasut berlampu yg murah.so, thn ni akak dapatlah membeli kat anak2 kasut berlampu tu sorang 1.kecuali si adik sebab x de saiz beli yg ada bunyik jer

Titisan Hujan berkata...

konpom kekacakan bertambah kacak

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

uittt..dah besar2 cam bapak budak pown..ada hati nak pakai kasut lip lap ke dik oii.. hahaha

[sutera kasih] berkata...

aahhh kan..dulu femes gilerr kasut style ada lampu2 tu..liplapliplap je

Najlaa 'Aqilah berkata...

bagus la budak kacak tu. memberontak nak pun still beraah jugak. good good :)

kasut lampu memang best. setiap kali melangkah je rasa nak tengok bawah je (kasut). HAHA